bahagian-bahagian kereta, yang disahkan sebagai kereta Honda City milik Chin Aik - nombor casis, tayar, enjin dan bumper - ditemui di dalam lubang tersebut yang dipenuhi lumpur dan air dari paip kumbahan bawah tanah yang pecah.
Anggota bomba dan penyelamat, petugas Perbadanan Air Pulau Pinang (PBA) dan Indah Water Konsortium turut dipanggil untuk membantu membersihkan sisa dan menggali mayat lelaki berusia 44 tahun itu.
Dua kren digunakan untuk menggali lebih dalam dan pada masa yang sama, - air kumbahan terus membanjiri lubang lima meter, dan melambat kerja-kerja tersebut.
Pada jam 10.30 malam, Ketua Menteri Lim Guan Eng datang ke
situ dan bertemu dengan keluarga Chin Aik untuk memujuk mereka supaya pulang dahulu dan menyerahkan tugas mencari mayat Chin Aik kepada anggota pasukan penyelamat.
Lim berkata keluarga tersebut bimbang sekiranya mereka meninggalkan kawasan itu, kerja-kerja mengesan mayat Chin Aik akan dihentikan dan mayatnya tidak ditemui.
memberi mereka jaminan bahawa kita akan terus mencari mayatnya," kata Lim kepada pemberita selepas bercakap dengan saudara mara Chin Aik.
"Saya menasihatkan mereka supaya pulang ke rumah dan berehat. Saya telah mengarahkan pasukan penyelamat supaya meneruskan kerja untuk menggali sebahagian daripada struktur (dari penebat kilat) yang jatuh ke dalam lubang tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment