Monday, May 12, 2014

MB T'ganu dilapor letak jawatan


Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dijangka mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu malam ini.

Menteri besar dua penggal, Datuk Seri Ahmad Said pula dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu pada hari ini, lapor The Star.

Perkembangan terkini itu sekali gus menyebabkan berakhirnya spekulasi berterusan yang melanda negeri itu.

Sebelum ini dikatakan terdapat perjanjian antara Ahmad dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau hanya akan memegang jawatan itu selama setahun selepas pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu, Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu laporan Bernama mengesahkan pertukaran menteri besar tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama pengganti Ahmad Said.

Saya datang jumpa ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) ...seperti dimaklumkan ada pertukaran (Menteri Beasr), saya maklum balas dan mereka terima dan tiada masalah, memang betul ada pertukaran.

"Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak Istana," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

No comments:

Post a Comment