Hishamuddin Rais
3:04PM Jul 25 2012
Apa sahaja tulisan yang cuba menghuraikan apa yang sedang berlaku di Timur Tengah – tanpa memahami ekonomi dan kepentingan kaum pemodal – maka analisa itu akan kantoi. Hasilnya bukan satu analisa yang kukuh yang boleh membawa pencerahan tetapi cakaran perasaan ‘kesukuan mazhab’ yang amat cetek dan kurang ilmiah.
Analisa politik tanpa ekonomi akan menghasilkan analisa yang tidak mendalam yang hanya berupaya membincangkan nama watak, nama tempat dan apa yang telah atau sedang berlaku. Politik Timur Tengah tanpa diikat rapat dengan bahan bakar petrol bukan satu analisa politik yang tuntas.
Saya perhatikan masih ada lagi yang gagal memahami konflik antara Amerika dengan Syria. Masih ada lagi yang mengira mayat di Syria sebagai tanda kezaliman Presiden Bashar. Yang menjadi lawak sedih ialah apabila tukang kira ini juga – mungkin kerana mangsa guruh – telah tidak pula mengira mayat-mayat yang terus bergelempangan di Pakistan akibat serangan drone. Drones ini ialah kapal terbang pengembom tanpa pemandu milik kuasa imperialis Amerika.
Ramai yang masih berpendapat bahawa apa yang sedang berlaku di Syria ialah pertembungan antara mazhab Shia dengan Sunni. Pandangan ini salah. Pandangan inilah yang sedang dijual oleh media antarabangsa. Inilah juga ‘cerita’ yang dipungut oleh Pak Lebai dan Pak Khatib ketika mereka cuba memberi ‘kuliah pencerahan’. Kuliah perncerahan berbentuk ini samalah saperti Rosmah Mansor memberi kuliah tentang berjimat cermat – sesat lagi menyesatkan.
Sekali lagi di sini saya nyatakan bahawa apa yang sedang berlaku di Timur Tengah khususnya di Syria adalah hasil perancangan kaum pemodal antrabangsa bersama NATO. Rancangan untuk mengubah lanskap politik Timur Tengah telah lama di rancang.
Seymour Hesh pada 5 March 2007 dalam majalah New Yoker telah membocorkan dengan panjang lebar strateji Amerika yang baru untuk menundukkan rejim-rejim yang dilihat gagal untuk menjadi barua setia saperti Saudi Arabia.
Jantan Yahudi yang bernama Seymour Hesh ini pada tahun 1969 telah memeranjatkan dunia dengan laporan My Lai. Ini adalah berita jenayah perang Presiden Richard Nixon di Vietnam. Orang kampung di My Lai telah dibunuh beramai-ramai oleh soldadu Amerika dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan Gerakan Pembebasan Vietnam.
Wartawan ini juga telah bertanggungjawab membocorkan berita tentang apa yang sedang dilakukan oleh soldadu Amerika terhadap para tahanan di Abu Ghraib Iraq pada tahun 2004. Laporan Abu Gharaib ini telah mensahihkan sekali lagi bahawa kempen ‘demokrasi dan hak asasi’ yang dibawa oleh Amerika ke Timur Tengah hanyalah tipu helah untuk menakluk telaga minyak di Iraq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan.
"Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung.
"(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut," katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di Selayang dekat ibu negara malam tadi.
"Sebab itu, ketelanjuran sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara, mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya.
Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.
Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.
MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.
Pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.
Sementara itu, Anwar juga mengumumkan akan melaksanakan pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaik sahaja gabungan diumumkan membentuk kerajan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.
No comments:
Post a Comment