Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) bersetuju harga kereta diturunkan dengan cara pemotongan duti eksais dan cukai import terhadap kereta.
Presidennya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata dengan cara itu, kereta bukan sahaja akan mampu dimiliki orang ramai tetapi pada masa sama ia juga akan merancakkan industri penjualan kereta tempatan.
"Biasanya apabila hampir dengan Hari Raya, secara purata pusat jualan kereta mampu menjual kira-kira 70 ke 80 buah kereta, sekarang hendak jual 20 buah pun susah," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu memberi maklum balas kepada rancangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan duti eksais dan cukai import.
Zainuddin bagaimanapun mengakui penghapusan duti eksais dan cukai import ke atas kereta akan menyebabkan negara kehilangan sedikit sumber pendapatan daripada cukai.
Namun katanya, negara masih mampu memperolehi sumber pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada sumber ekonomi selain daripada cukai ke atas kereta.
"Kalau hapuskan cukai ke atas kereta, apalah sangat kesan kepada pendapatan negara sebanyak satu atau dua bilion itu," katanya.
Pada masa sama, beliau turut menyuarakan kebimbangannya terhadap industri kereta tempatan yang mungkin terjejas akibat penghapusan cukai tersebut.

Menurutnya, penghapusan cukai dan duti itu akan hanya memberi kelebihan kepada kereta-kereta import, dan bukannya kereta keluaran tempatan.
"Kalau kerajaan (sendiri) hendak hapuskan, saya menyokong penuh tetapi yang jadi masalah kereta tempatan.
"Contohnya daripada segi bahan mentah, kita masih jauh ketinggalan, orang dah pakai robot kita masih pakai tenaga manusia," katanya.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata
Pakatan Rakyat antara lainnya akan mengkaji pengurusan permit import
kenderaan (AP) bagi membiaya penghapusan duti eksais kereta yang
dirancangkannya.
Selain itu, Pakatan juga akan mengkaji kaedah untuk menguruskan belanjawan negara dengan lebih berhemah bagi menampung semula pendapatan yang hilang akibat penghapusan cukai tersebut.
"Kita sedang melihat bagaimana AP diuruskan. Kita semua tahu bahawa AP merupakan sumber kekayaan bagi kroni.
"Kita akan melihat bagaimana sumber pendapatan ini akan menyeimbangkang pendapatan yang hilang daripada duti eksais," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Tanpa memberikan butiran terperinci, Rafizi berkata pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan.
Rancangan untuk menjadikan pengurangan harga kereta sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya itu menerima pelbagai reaksi, antaranya daripada golongan yang mahu Pakatan Rakyat menumpukan usaha memperbaiki pengangkutan awam dan bukannya menghapuskan cukai kereta.Mengulas saranan itu, Rafizi berkata usaha untuk mengurangkan keberhutangan rakyat akibat pembelian kereta boleh dilakukan dengan lebih segera.
Perkara itu juga lebih utama berbanding usaha menaiktaraf pengangkutan awam yang memakan belanja besar dan tempoh yang panjang, katanya.
"Terdapat tempoh matang (di antara pelaksanaan dan hasil) sebelum kita dapat memperbaiki pengangkutan awam.
"Ia bukan sahaja soal pengangkutan awam, tetapi ia juga keberhutangan dan ekonomi rakyat.
"Apabila Pakatan memerintah akan ada usaha bersepadu juga untuk memperbaiki pengangkutan awam," katanya.

kereta buatan nasional akan tetap lebih murah berbanding kereta import
sekiranya cadangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan duti eksais
dilaksanakan.
Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, duti eksais adalah cukai menyeluruh yang dikenakan ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri - seperti yang dikenakan ke atas produk arak.Oleh itu, penurunan harga kesemua kereta sama ada model tempatan atau kereta import akan berkadar terus dengan jumlah cukai yang dihapuskan, jelasnya.
"Jika Proton dah ada kelebihan harga (murah) berbanding kereta Honda, kelebihan harga itu tetap akan ada di sana.
"Maka, harga Proton dan Perodua masih kekal rendah di pasaran," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.
Rafizi turut mengulas pandangan yang disuarakan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa rancangan tersebut akan mengancam pengeluar kereta nasional Proton.
Katanya, pandangan seperti itu menunjukkan bahawa pemimpin Umno tidak dapat membezakan di antara cukai eksais dan cukai import kereta.
"Mereka tertukar antara duti eksais dan duti import.
"Mereka juga tidak perasan, pada tahun 2005 cukai import (dikurang dan) diganti dengan duti eksais," kata Rafizi.
Menurutnya lagi, penghapusan duti eksais itu akan menyebabkan harga kereta tempatan turun kepada RM30,000 sahaja.
"Saya nak tunjuk betapa tidak adilnya cukai sekarang yang mencukai golongan miskin yang beli Proton dan Perodua.
"Kami percaya rakyat beli kereta bukan untuk bermewah-mewah.
"Ini mengukuhkan pendirian PKR, rombakan cukai ini penting untuk tambah pendapatan boleh guna dan kurangkan bebanan (hutang) rakyat," kata Rafizi.

No comments:
Post a Comment