Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan MP Shah Alam Khalid Samad memimpin perhimpunan yang bermula jam 12 tengahari itu.
Selain pemimpin parti Pakatan Rakyat, turut hadir dalam perhimpunan itu adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan pemimpin Gabungan NGO Selangor.
Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", dan "Pecat Tan Sri Rozali Ismail".
Sebelum itu, Khalid ketika berucap di hadapan bangunan SYABAS itu meminta agar Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail supaya tidak bermain politik dan menjaga air Selangor dengan baik.
"Dia dibayar gaji yang tinggi tetapi tidak jalankan tugas dengan baik. Sebagai (pengerusi eksekutif) SYABAS, perlu menjaga air di Selangor. Jangan main politik. Tunaikan amanah dengan baik. Alasan nak bawa air mentah dari Pahang terbukti alasan tak berasas," katanya.
Lima memorandum turut diserahkan kepada wakil SYABAS dalam perhimpunan berlangsung selama kira-kira 45 minit itu.
Memorandum tersebut, yang diterima oleh pengarah eksekutifnya Ismail Hashim, menggaris tujuh perkara yang antara lainnya membantah cadangan SYABAS untuk mencatu bekalan air.
Memorandum itu juga menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air dan turut menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2.
Memorandum daripada AMK Selangor itu membantahan catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor kerana menyebabkan kesusahan kepada penduduk di kawasan berkenaan dan mengganggu aktiviti kehidupan harian.
Ia turut menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air. Hal ini kerana, SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna.
"SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna yang lebih bersifat kepada tindakan sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjelang pilihan raya umum ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan pakatan.
"Selangor kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan. Sebanyak 162 buah projek pembangunan di Selangir tidak diluluskan SYABAS dan membuktikan SYABAS tidak layak menguruskan air di negeri ini," memorandum itu dipetik.
Memorandum berkenaan juga menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2. Menurut memo itu, projek Langat 2 dilihat akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.
Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Langat 2 menelan perbelanjaan RM8.65 bilion itu akan 'dipaksakan' ke atas rakyat Selangor, memorandum itu dipetik.
Exco negeri Selangor, Ronnie Liu berkata
kerajaan negeri tidak akan memberi peruntukan RM225 juta kepada Syarikat
Bekalan Air Selangor (SYABAS) selagi dua pegawai tertinggi syarikat
pemegang konsesi air itu tidak meletak jawatan.
Liu berkata, peruntukan tidak akan diberi bagi membina loji rawatan air baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat sekiranya pengerusi eksekutif, Tan Sri Rozali Ismail dan ketua pegawai eksekutif Datuk Ruslan Hassan berbuat demikian.
"Kita akan beri RM225 juta kalau Rozali dan Ruslan letak jawatan. Kalau tak letak (jawatan), kita takkan bagi duit. Kerana, kalau kita bagi, dia akan kawal duit itu dan tidak akan lakukan projek itu," katanya selepas menghadiri perhimpunan di hadapan pejabat SYABAS.
Mengulas mengenai loji Langat 2 yang giat dilobi oleh kerajaan persekutuan pula, Liu berkata projek itu tidak munasabah memandangkan kesemua 33 loji rawatan air di Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi.
Katanya, sehingga 2015, tambahan air boleh dilakukan sehingga 621 mld.
''Jangan risau mengenai air kerana air sudah cukup. Projek Langat itu tipu. Tak perlu. Apa guna Langat bagi air yang mentah dari Pahang.
"Kita sudah cukup air. Ini (Langat 2) adalah skim untuk mendapatkan dana politik. Tak ada kekurangan air mentah. Mana-mana empangan yang kita pergi, penuh. Ini belum lagi kita pergi air yang berada di bawah tanah," katanya lagi.
Jumlah RM225 juta itu adalah daripada nilai tender yang akan dibuka untuk Projek Mitigasi 2 yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat di Selangor.
Keputusan tersebut adalah hasil penelitian dan penyiasatan selama tiga hari yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemantau SYABAS.Kerajaan Selangor sebelum ini juga mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah SYABAS supaya memecat Rozali dan Ruslan, antara lainnya kerana didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatakuasa pemantauan tersebut.

No comments:
Post a Comment