Kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu
berikrar untuk mempertahankan diri sekiranya pihak berkuasa negara ini
mengusir mereka dengan kekerasan daripada kawasan perkampungan nelayan
yang diduduki sejak awal bulan ini.“Kami bersedia mempertahankan diri,” kata Azzimudie Kiram, abang kepada Jamalul Kiram yang mendakwa sultan Sulu.
Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata yang menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu.
Azzimudie ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia.
“Kami
mahu hidup dengan aman di tanah kami sendiri tapi mereka mahu mengusir
kami dengan kekerasan,” kata Azzimudi dengan tenang dalam perbualan
telefon tersebut.
“Kami mahu bercakap dengan pihak berkuasa
Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah kami,” katanya yang
menambah, rakyat Malaysia sejak sekian lama mendapat hasil yang banyak
daripada pendapatan Sabah.
Azzimudie juga berkata, beliau menyerahkan soal rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk ditangani Jamalul di Manila.
Timbalan
ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis
berhasrat untuk menamatkan pertentangan tersebut, yang berlarutan sejak
12 Februari.
No comments:
Post a Comment