AFIX REDZUAN
KAJANG, 5 FEB: Walaupun gendang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang belum bergema secara rasmi, namun calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan gerak kerja mendekati penduduk tempatan memperkenalkan diri.
Bertempat di Pusat Komuniti DUN Kajang, Anwar nyata gembira kembali dipertemukan dengan tokoh penulisan, Abdul Rahman Rukaini yang terkenal dengan karya “Antara Pengganas dan Mujahidin Tulen: Siri Al-Qardhawi Membela Islam” dan bertanya khabar beliau.
Abdul Rahman nyata terharu dengan ingatan Anwar ditambah dalam keadaan beliau yang sedikit uzur dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Pada masa sama, Anwar lega dengan permulaan positif berdepan kumpulan komuniti setempat lebih 100 orang.
Selaku wakil Pakatan Rakyat, Anwar bersedia untuk memberikan fokus mengangkat isu rakyat khususnya di Kajang.
“Masalah khusus di Kajang perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Saya pikul amanah dan merayu masalah tempatan perlu disuarakan,” katanya.
No comments:
Post a Comment