Hishamuddin Rais
Pada minggu pertama sesudah diumumkan kerusi DUN N25 Kajang kosong dan Anwar Ibrahim menawarkan diri, umum membaca bagaimana Kelas Berleter membuat heboh tak tentu hala. Mereka berlabon kuat dalam media baru. Mereka bertelepon menghantar teks dan twit. Mereka berforum dan bergebang.
Sebenarnya Kelas Berleter ini hidup lumayan. Mereka mendapat nikmat dari proses pembodohan Bani Melayu yang dirancang dan dijalankan oleh United Malaysa National Organisation. Proses pembodohan ini juga dibantu kuat oleh gulungan feudal Melayu. Apabila Bani Melayu menjadi ala Hasan Malek maka senanglah harta kekayaan negara ini dirembat. Hakikatnya Kelas Berleter ini mendapat habuan dari ‘tong’ United Malays National Organisation. Justeru mereka terpaksa berleter untuk menunjukkan kepada umum bahawa mereka ini prihatin terhadap negara ini. Poorah.
Heboh-heboh Kajang ini disambut pula oleh NGO Soh Seh Soh Seh – yang juga buat heboh. Bila sebut NGO Malaysia – sebenarnya saya terus sakit perut. Sakit perut kerana ketawa. Saya ketawa kerana NGO Malaysia yang ber-soh seh soh seh dalam Bahasa Inggeris ini memiliki nama gah tapi ahlinya tak lebih dari lima orang. Lima orang? Betul lima termasuk anak, bini, adik dan kakak.
Kelas Berleter dan NGO yang Soh Seh Soh Seh ini buat heboh dalam media. Mereka mempersoalkan apakah PRK N25 Kajang ini merosakkan demokrasi. Mereka mempersoalkan dana yang membazir. Mereka menuduh PKR menggunakan N25 sebagai cara menyelesaikan masalah dalaman PKR.
Tup tup Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan. Tup Tup Taib Mahmud letak jawatan untuk lantik dirinya menjadi Yang di-Pertuan Negari Sarawak. Tup tup Kelas Berleter tak terleter lagi. Tup tup Kelas Berleter senyap menikus – macam babi hutan jumpa cacing.
Tidak ada suara menimbulkan isu PRK N51 Balingian membuang duit. Tidak ada siapa menimbulkan kenapa Taib Mahmud tak tunggu hingga penggal DUN Sarawak dibubar. Tak timbul persoalan Taib Mahmud guna PRK untuk agenda dalaman parti. Tikus Bangsar telah senyap. Bak kata Orang Perancis ‘rien du tout’ - tak ada apa apa. Kelas Berleter kelihatan terlantar kenyang setelah mendapat projek dari Ketuanan Melayu.
Nampak jelas Kelas Berleter dan NGO Soh Seh Soh Seh telah dikajangkan. Mereka telah dibungkus kerana telah menjadi sate busuk.
Sebenarnya untuk memahami politik Malaysia ini bukan susah sangat. Tak perlu belajar ilmu sains politik di Yale, Havard atau Oxford. Tak perlu belajar di Al-Azhar atau di Madinah. Tak perlu fasih bahasa Latin atau Arab. Tidak perlu baca kitab tebal-tebal. Tak perlu buka buku falsafah Yunani. Cukup – memadai dengan membaca akhbar Utusan Malaysia. Sesiapa sahaja boleh memahami politik Malaysia dengan membaca akhbar ini.
Biar saya buktikan betapa senangnya memahami politik Malaysia ini. Ilmu pertama yang wajib difahami ialah sesiapa sahaja yang disokong, dimasyhurkan dan diangkat oleh Utusan Malaysia maka Si Polan itu ialah orang jahat. Jika Mamat atau Minah yang diangkat Utusan itu ahli politik maka ini bermakna si Mamat atau si Minah itu politikus jahat. Kalau yang diangkat ialah NGO maka NGO itu adalah NGO jahat.
Cara kedua untuk mengenal apa yang baik ialah melihat apa yang TIDAK disukai oleh Utusan Malaysia. Apa sahaja yang tidak disukai oleh Utusan Malaysia adalah baik. Kalau yang dikritik oleh Utusan itu seorang politikus maka ini bermakna politikus itu adalah politikus yang baik. Jika sesuatu dasar dikeji oleh Utusan , yakinlah bahawa dasar itu adalah tepat dan betul.
Ini terbukti betul dalam kes N25 Kajang. Utusan melaporkan hampir kesemua kenyataan Kelas Berleter dan NGO Soh Seh Soh Seh. Kenyataan ini semuanya mempertikaikan agenda besar Pakatan Rakyat untuk menggulingkan United Malays National Oreganisation. Apabila Kelas Berleter atau NGO ini diberi ruang media oleh Utusan makan yakinlah ada agenda jahat di belakangnya.
Hakikatnya apa saja garis politik yang dicanang dan disokong oleh Utusan pastilah ini garis politik yang salah. Apa sahaja garis politik yang ditentang oleh Utusan maka inilah garis politik yang tepat dan betul.
Saya mengajukan pandangan sedemikian kerana saya sedar bahawa Syarikat Utusan ini adakah milik United Malays National Organisation. Maka garis politik yang diajukan atau yang ditentang pastilah bertujuan untuk menguntungkan parti Ketuanan Melayu ini. Period. Kepentingan gerombolan Ketuanan Melayu diheboh dan disebarkan oleh Utusan Malaysia. Hakikatnya, akhbar ini adalah hati nurani gerombolan yang berimankan Ketuanan Melayu.
Cara kedua - sesudah membaca Utusan ialah membaca kenyataan Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Sama saperti Utusan – apa sahaja yang dilarang dan tidak disukai oleh oleh Mahathir maka pekrara itu adalah perkara yang baik. Mahathir mewakili satu jalur kepentingan elit pemerintah dari parti Ketuanan Melayu. Jalur ini disokong oleh kapitalis nasional dan para cukong. Di belakang Anak Lelaki ini dikatakan ialah Ananda, Daim, Yeoh Tiong Lay, Syed Mokhtar, Halim Saat, Vincent Tan. Dikatakan terdapat juga segala jenis kaki kontrak yang menjadi kaya raya kerana mendapat habuan.
Kaum kapitalis nasional dan para cukong inilah yang dipertahankan oleh Mahathir. Justeru Mahathir amat-amat tidak suka tunjuk perasaan. Mahathir tak suka rakyat turun berdemo. Mahathir tak suka media yang bebas. Mahathir tak suka ISA dimansuhkan. Jelas apa sahaja yang Mahathir tak suka adalah perkara yang baik. Paling menjolok si Mahathir tidak suka Bani Melayu memiliki fikrah yang kritikal kerana bila Bani Melayu berfikir mereka akan bertany: betul ke Mahathir ini Melayu?
Kita lihat apa katanya tentang PRK N25 Kajang. Si Mahathir ini bukan macam Kelas Berleter, ini kerana Mahathir ini faham politik. Dia melihat hasil jangka panjang PRK N25. Lalu Si Mahathir ini ‘curah minyak’ untuk renggangkan hubungan PAS dengan PKR. Anak Lelaki ini menyarankan agar kerusi MB Selangor diambil oleh PAS. Ini bukan kerana Mahathir telah ‘bertaubat’ untuk menyokong PAS tetapi ini dilakukan kerana saranan ini adalah cadangan jahat. Apa sahaja cadangan atau pandangan dari Anak Lelaki ini adalah pandangan jahat. Tidak perlu kaji selidik dalam hal ini.
Tidak cukup dengan ‘menaikkan syahwat PAS’ , Anak Lelaki Kutty juga telah menghebohkan ke seluruh alam bahawa Anwar Ibrahim juga bertanggung jawab dalam Operasi Lalang. Dalam Operasi Lalang seramai 106 warga telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 27 Oktober 1987. Dalam Operasi Lalang ini juga dua akhbar harian The Star dan Sin Chew Jit Poh, dan dua akhbar mingguan Watan dan The Sunday Star telah diharamkan.
Sayangnya umum dan sejarah mengetahui bahawa Operasi Sate Lalang... ops... Operasi Lalang ini ditelurkan, dieramkan dan ditentaskan oleh Anak Lelaki ini. Operasi ini berlaku kerana kuasa Mahathir Muhamad dan United Malays National Organisation kian terhakis.
Tidak cukup dengan Sate Lalang ini, Anak Lelaki ini telah juga berkata bahawa memilih Anwar Ibrahim bermakna memilih kerajaan pro-Amerika. Bila saya terbaca berita ini saya ketawa hingga terberak. Tetapi bukan macam orang lain bila berak akan terkentut. Saya tidak terbau apa-apa. Yang saya bau ialah si Mahathir ini ialah agen KBG - Kerala Bilio Grundiq.
Yang cuba dijaja oleh Anak Lelaki bukan Sate Kajang tetapi Burger Pro-Amerika. Kerana ia burger maka ia memerlukan satu ruang luas untuk saya mentakrifkan apa itu nikmat sate dan apa itu racun burger.
Dari awal lagi telah saya nyatakan bahawa memahami politik di Malaysia ini bukan susah. Walau pun telah saya terangkan sejelas matahari terbit tetapi masih ada lagi sosok yang gagal memahami PRK N25 ini. Saya merasa hairan lagi takjub tentang kenapa ada pemuka dari Pakatan Rakyat sendiri yang tidak dapat membaca tepat arus politik yang sedang berlaku di hadapan mata sekarang.
Naratifnya amat senang. Anwar Ibrahim mahu dipilih rakyat untuk memasuki Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini dilakukan dengan niat untuk menjadikan Selangor basis utama di mana Pakatan Rakyat – PAS, DAP dan PKR – merancang satu gerakan politik yang ampuh untuk menggulingkan kuasa politik United Malays National Organisation. Apakah ini tidak jelas?
Jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor ia akan menjadi bonus tambahan kerana di sebelah Anwar Ibrahim ialah Khalid Ibrahim pemikir ekonomi. Bayangkan politik Selangor di bawah pimpinan Anwar dan ekonomi Selangor di bawah Khalid. Apakah perkara ini pun susah sangat untuk difahami. Apakah fikrah telah bonsai? Atau kerana nafsu syahwat telah dirangsang dengan Sate Kajang oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty?

No comments:
Post a Comment