Monday, February 17, 2014

Laporan polis 'sogokan balak' dibuat di Kanada



Sebuah laporan polis difailkan di Kanada berhubung dakwaan “sogokan balak” antara dua syarikat yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.
Laporan oleh NGO Swiss Bruno Manser Fund (BMF) itu berkaitan bukti pemindahan $20 juta dalam matawang Kanada daripada syarikat Hong Kong Richfold Investment dan syarikat Kanada Sakto Development Corporation.

Richfold dikatakan dimiliki saudara Taib Onn Mahmud manakala Sakto milik anak perempuan Taib, Jamilah Taib Murray.

BMF mendakwa ia menjadi bukti “sogokan balak” yang dibayar oleh syarikat perkapalan Jepun kepada Regent Star, syarikat bersekutu (sister company) kepada Richfold, untuk memperoleh permit bagi membawa balak dari Sarawak ke Jepun yang “dibersihkan” melalui Kanada.

Taib dalam kenyataannya kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata tidak tahu menahu berhubung dakwaan itu.

No comments:

Post a Comment