Dalam tulisan-tulisan yang lalu saya sering menerangkan kepada pembaca bahawa Malaysia adalah sebuah negara Dunia Ketiga. Saya juga selalu menyanggah pandangan-pandangan dari ahli akademik, profesor atau pemerhati politik. Saya menyangkal pandangan itu kerana mereka gagal mentakrifkan Malaysia sebagai negara Dunia Ketiga. Saya anggap analisa mereka lompong kerana tidak berasaskan politikal ekonomi Dunia Ketiga. Malah saya 'menghampehkan' pandangan para pakar ini.
Maka adalah adil untuk diri saya menerangkan sejelas mungkin kepada para pembaca apakah itu negara Dunia Ketiga. Dan kenapa saya memasukkan Malaysia ke dalam bakul Dunia Ketiga. Pencerahan ini saya harapkan akan mendewasakan pandangan politik kita. Akan membolehkan kita membaca politik dan siasah negara Dunia Ketiga termasuk Malaysia.
Pertama-tama, jangan sesekali tersilap faham, tersilap baca - hanya kerana Malaysia ada bangunan KLCC maka Malaysia dianggap sebagai sebuah negara maju. Kerana Malaysia ada elektrik dan air paip maka Malaysia negara maju. Kerana ramai warganya menggunakan telefon bimbit maka Malaysia ini bukan negara Dunia Ketiga. Kerana Malaysia ada kereta Proton dan ada Lebuh Raya Plus maka Malaysia bukan negara Dunia Ketiga. Semua ini tidak betul.
Bangunan tinggi, kereta, telefon bimbit, elektrik atau lebuh raya bukan satu ukuran untuk menilai sesebuah negara itu. Semua ini adalah benda dan barangan luaran yang dapat dilihat dan dapat dipegang. Benda-benda ini kita panggil infrastruktur atau struktur luaran. Struktur ini ada di mana-mana dalam dunia ini. Di Dubai, di India, di Tanzania ada jalan raya, ada elektrik tetapi ini bukan bermakna negara ini bukan negara Dunia Ketiga.
Dalam memahami politik sesebuah negara yang wajib dilihat ialah apa dalaman negara itu. Melihat luaran sesebuah negara itu samalah seperti pelancong melihat Kuala Lumpur sepintas lalu. Para pelancong ini hanya melihat infrastruktur tetapi gagal melihat 'superstructure'.
Apa itu 'superstructure'? Superstruktur adalah lembaga-lembaga daulah, jentera daulah, politik, budaya warga, tahap fikrah warga, kesedaran sosial dan tanggungjawab warga. Apa yang jelas semua ini adalah perkara-perkara yang tidak dapat dilihat, dipegang atau dilukis. Tetapi inilah asas sesebuah negara bangsa. Inilah asas terdirinya sebuah negara.
Jika Malaysia ini ditakrif sebagai negara Dunia Ketiga, apa pula negara Dunia Pertama dan negara Dunia Kedua? Dalam takrifan politikal ekonomi negara Dunia Pertama ialah Amerika Syarikat dan Rusia. Inilah dua negara super yang memiliki kekuatan ekonomi dan bala tentera. Negara Dunia Kedua ialah negara-negara Eropah Barat. Selain dari itu, semua negara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur adalah negara Dunia Ketiga.
Paling jelas, ciri dan watak pertama negara Dunia Ketiga ini wujud atau diwujudkan oleh kuasa kolonial. Negara penjajah seperti Belanda, Sepanyol, Portugis dan British telah mewujudkan negara-negara Dunia Ketiga ini. Secara jelas negara Asia, Afrika dan Amerika Latin – kesemuanya wujud pascakolonial.
Tanah Melayu, Malaya atau Malaysia diwujudkan oleh British. Tanah Melayu wujud atas runtuhan kerajaan Melayu Melaka. Begitu juga Indonesia diwujudkan oleh Belanda atas keruntuhan kerajaan Jawa Majapahit.
Apa yang jelas pertembungan anak tanah jajahan dengan kuasa kolonial telah melahirkan Dunia Ketiga. Umum mengetahui bahawa kuasa kolonial menjajah dengan tujuan untuk menjarah ekonomi, memunggah hasil mahsul, merompak bahan galian, emas, perak, bijih dan minyak.
East India Company yang mendahului Baginda Queen telah datang ke Tanah Melayu untuk mencari harta kekayaan. Apabila mereka berundur maka Britian telah meninggalkan kuasa pentadbiran kepada budak suruhan yang setia untuk menjamin harta kekayaan British – ladang getah dan lombong bijih - akan terus selamat. Justeru United Malays National Organisation telah dipilih sebagai budak suruhan yang setia.
Perkara yang sama berlaku di India, di Afrika, di Kepulauan Indies Barat dan di negara-negara Timur Tengah termasuk Iran. Paling jelas untuk memahami hakikat ini ialah melihat begitu banyak negara-negara Arab Teluk diwujudkan oleh British sebelum atau sesudah Perang Dunia Kedua.
Negara Dunia Ketiga memiliki beberapa lagi watak dan perangai yang mengabsahkan kedudukan mereka. Semua watak dan perangai dikongsi bersama. Di Nigeria, di Kenya, di Indonesia atau di Malaysia, watak, pola dan ciri Dunia Ketiga ini jelas. Ciri dan pola inilah yang memberi takrifan bahawa Malaysia ini adalah negara Dunia Ketiga.
Asas ekonomi negara Dunia Ketiga ialah mengeksport bahan mentah. Negara Dunia Ketika bukan negara pengeluar tetapi negara pengguna. Ekonomi negara Dunia Ketiga bergantung kuat dengan ekonomi negara Pertama dan Kedua. Ekonomi negara Dunia Ketiga adalah ekonomi ekor – mengekor keperluan negara Pertama dan Kedua.
Justeru, kerana asas ekonomi yang lemah dan bergantung maka dalam negara Dunia Ketiga semua lembaga-lembaga daulah lemah. Lembaga daulah seperti badan kehakiman, SPR, SPRM, media, polis, tentera, raja, al-malik atau sheikh semuanya gah dalam bentuk tetapi kosong dan hampeh.
Lembaga-lembaga daulah yang lemah menjemput rasuah. Justeru rasuah adalah ciri yang amat penting dalam negara Dunia Ketiga. Kesemua negara Dunia Ketiga mengamalkan rasuah dalam pelbagai bentuk.
Badan kehakiman, polis, pegawai kerajaan dan apa saja lembaga daulah yang diwujudkan 'boleh dibeli'. Malah ada lembaga-lembaga ini diwujudkan untuk menjadi lukah dan jerat sebagai cara untuk mengambil duit rasuah. Cara rasuah berjalan dan tujuan pemberian rasuah ini sama sahaja. Yang berbeza hanyalah rasuah dilakukan dengan dinar, ringgit, rupiah, dolar atau riyal.
Negara Dunia Ketiga semuanya mengakui menjalankan sistem demokrasi. Ada demokrasi berparlimen, ada yang menggunakan sistem presiden, ada yang menggunakan sistem Persekutuan, ada negara raja berperlembagaan. Dari buku rujukan semuanya memang indah, di Kenya ada pilihan raya. Di Pakistan juga ada pilihan raya.
Tetapi sistem pilihan raya dalam negara Dunia Ketiga semuanya tipu. Pilihan raya itu hanya prosedur sahaja. Bukan satu proses memperkasa warga. Bukan menjalan pemilihan mengikut suara ramai. Pilihan raya dalam negara Dunia Ketiga hanya sandiwara.
Kes kajian yang paling molek untuk memahami ini ialah pilihan raya di Malaysia sendiri. Bukan sahaja SPR Malaysia didakwa telah menjalankan pelbagai bentuk penipuan malah Pakatan Rakyat telah mendapat 52 peratus undi rakyat. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga adalah mustahil pilihan raya akan mengubah kerajaan. Suara undian majoriti 52 peratus ini tidak akan mengubah apa-apa.
Dalam negara Dunia Ketiga jika pilihan raya itu boleh menukar kerajaan maka pilihan raya itu akan diharamkan. Tak percaya? Sila rujuk apa yang sedang berlaku di Pakistan sekarang? Islamabad sedang dikepong oleh para pengundi yang telah ditipu undi mereka.
Apa itu prosedur demokrasi yang sering saya paparkan?
Prosedur demokrasi ini adalah salah satu watak penting Dunia Ketiga. Segala lembaga dan peraturan demokrasi wujud tetapi semuanya hampeh tidak boleh dipakai. Prosedur, lembaga dan kaki tangan wujud tapi kosong. Inilah garis pemisah negara Dunia Kedua dengan negara Dunia Ketiga.
Contoh yang paling baik untuk kita memahami apa itu prosedur demokrasi dalam Dunia Ketiga ialah kita membuka mata melihat apa yang sedang berlaku di Selangor.
Kerajaan Selangor ditubuhkan melalui PRU13. Ini prosedurnya. Menteri besar dan exco dipilih dari parti yang memiliki suara terbanyak. Ini prosedurnya. MB dan exco yang dipilih oleh undian ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Ini prosedurnya. Nama-nama yang diundi akan dimaklumkan kepada sultan. Ini prosedurnya.
Semua prosedur akan berjalan baik jika kepentingan kaum pemodal, para perasuah, agen jual kontrak, pencari kontrak tidak tergugat. Apabila kepentingan ini tergugat maka kita akan melihat demokrasi ini hanya berak lembu. Ini satu watak demokrasi dalam negara Dunia Ketiga.
Tetiba warga Selangor dan rakyat Malaysia diberitahu sultan mahu nama bakal MB Selangor. Ini demokrasi hampeh namanya. Saya berkata hampeh kerana Pakatan Rakyat telah memilih sosok yang wajib dinobatkan sebagai MB Selangor. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi suara terbanyak wajib dinobatkan.
Dr Wan Azizah Ismail mendapat sokongan 30 ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini jumlah majoriti. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga ini tidak berlaku. Tetiba dunia diberitahu sultan akan memilih. Perbuatan sultan memilih siapa MB Selangor yang baru ini adalah contoh prosedur demokrasi.
Dari sini maka timbullah soalan hakiki untuk kurun ini. Soalan yang tidak ada jawapan tetapi soalan yang akan mendidik kita semua untuk mengabsahkan bahawa Malaysia ini adalah negara Dunia Ketiga.
Jika sultan yang memilih siapa yang akan menjadi MB Selangor atau siapa yang menjadi PM Malaysia, mengapa kita menghabiskan duit, masa dan tenaga membuat pilihan raya. Kenapa dari awal lagi tidak kita serahkan nama si polan dan si polan untuk sultan membuat pilihan. Kenapa kita terus berberak lembu kepada orang ramai. Ops, maaf, berak lembu inilah yang membuktikan bahawa Malaysia ini negara Dunia Ketiga.

No comments:
Post a Comment