Tuesday, October 7, 2014

Akhbar Amerika kritik PM guna akta hasutan


Akhbar terkemuka Amerika Syarikat The New York Times (NYT) menyelar kerajaan Malaysia kerana secara berleluasa menggunakan Akta Hasutan 1948 selepas janji-janji pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam catatan sidang pengarang versi cetaknya hari ini, NYT berkata, akta itu terlalu luas dan “mengundang penyalahgunaan kuasa secara autoritarian”

Tambahnya, pentadbiran Najib juga “menggunakan sepenuhnya undang-undang itu untuk memburu pengkritik” sejak pilihan raya umum ke-13 lalu walaupun berjanji memansuhkannya sebelum itu.

“Tindakan keras Najib itu sebuah serangan menyedihkan terhadap kebebasan bersuara dan ancaman serius pada demokrasi.

“Beliau kelihatan memahami bahaya itu apabila berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan. Beliau patut lakukannya segera,” kata NYT.

Dalam beberapa bulan terakhir, dua ahli akademik, peguam, ahli politik, aktivis dan seorang wartawan disiasat, ditahan atau dituduh di mahkamah bawah akta itu.

No comments:

Post a Comment