Saturday, October 4, 2014

Ribuan kenderaan mula membanjiri Kelantan

sesakKOTA BHARU: Kelantan dijangka sesak dengan kenderaan anak perantau yang mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha esok.
Tinjauan FMT, mendapati jumlah kenderaan memasuki sempadan negeri Kelantan mula meningkat sejak semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superitenden Ab Rahim Che Ghani menganggarkan kira-kira 500,000 kenderaan akan memasuki negeri ini berbanding 1,000,000 ketika Hari Raya Aidilfitri lepas.
Daerah Kuala Krai juga merupakan salah satu sempadan negeri yang menjadi penghubung dengan negeri lain.
Kebanyakkan kenderaan yang memasuki sempadan negeri, bernombor plat dari luar Kelantan seperti, Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor, Melaka, Kedah dan Pulau Pinang.
Walaupun kenderaan mulai sesak membanjiri negeri ini, keadaan trafik masih lagi terkawal.
Negeri Kelantan boleh dikatakan negeri tumpuan setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha, semua anak perantauan yang berada di pelusuk negeri akan pulang.
Hal ini diakui sendiri penduduk luar dari Kelantan.

No comments:

Post a Comment