Thursday, October 2, 2014

Menang di mahkamah, permit Mkini tetap ditolak


Walaupun dua kali menang di mahkamah, kerajaan masih tidak meluluskan permohonan Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar bercetaknya sendiri.

Penolakan itu dinyatakan dalam surat yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran minggu lepas daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran.

KDN memberikan alasan ia bagi mengelakkan penerbitan yang “boleh menimbulkan kegusaran dan menggemparkan fikiran orang ramai”, “menimbulkan isu sensitif” dan “mungkin menimbulkan kebencian terhadap pemimpin negara”.

Surat itu membangkitkan lima tulisan di Malaysiakini,yang terdiri daripada tiga laporan berita, sebuah ulasan daripada sebuah badan pemikir dan kompilasi komen pembaca dalam ruangan “YourSay”.

Turut dibangkitkan ialah laporan sebuah NGO yang mempersoal Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu perebutan kes jagaan pasangan berbeza agama serta laporan berkaitan penahanan seorang exco Pulau Pinang berkaitan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

KDN juga menyenaraikan kompilasi komen pembaca yang dikumpulkan dalam sebuah tulisan berjudul “How much will Najib spend to keep Terengganu?” yang sudah disaman oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno.

Turut dibangkitkan ialah laporan mengenai jet kerajaan yang dilihat di bandar percutian Eropah.

Berikut tulisan yang dijadikan contoh itu:
Surat itu juga memaklumkan, KDN tidak meluluskan permohonanMalaysiakini ekoran berita yang dipaparkan di portalnya“sering menimbulkan kontroversi serta tidak berlandaskan neutrality”.

“Semakan juga mendapati ketua pengarang bagi Malaysiakini online dan akhbar Malaysiakini secara bercetak yang dipohon merupakan individu yang sama yang mana berita yang akan dicetak sudah pasti adalah dalam bentuk yang sama,” menurut surat itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu membatalkan arahan KDN untuk tidak mengeluarkan lesen penerbitan kepada penerbitMalaysiakini,  Mkini Dotcom Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) pada 1 Oktober 2012 membatalkan keputusan KDN kerana ia "tidak wajar dan tidak rasional".

Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober 2013 sebulat suara menolakrayuan KDN terhadap Malaysiakini dalam kes permohonan permit penerbitan yang ditolak dan hakim bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Apabila kerajaan tidak membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini - Malaysiakini telah mengemukakan permohonan baru kepada KDN awal tahun ini.

Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan, yang tidak terkejut dengan keputusan terbaru KDN itu, berkata Malaysiakini akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Katanya, Malaysiakini akan sekali lagi mencabar keputusan menteri dalam negeri itu, dan "kami berharap kali ini mahkamah akan mengarahkan kerajaan untuk memberikan kita permit penerbitan."

Syarikat itu memohon menerbitkan akhbar harian dinamakanMalaysiakini dengan edaran 40,000 naskhah di Lembah Klang untuk dijual dengan harga RM1.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan, yang tidak terkejut dengan perkembangan itu, berkata pihaknya akan membawa kembali perkara itu ke mahkamah.

Malaysiakini akan sekali lagi mencabar keputusan tidak masuk akal oleh Kementerian Dalam Negeri ini, dan kami berharap kali ini mahkamah akan mengarahkan kerajaan mengeluarkan permit penerbitan kepada kami.”

No comments:

Post a Comment