"Kami menemui data seseorang yang dimasukkan sebagai 'koma atas' (apostrophe), namanya koma atas. Kami tidak kata ia penipuan, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus membetulkannya.
"SPR selalu kata mereka membersihkan daftar pemilih setiap hari, tetapi mana?" kata Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Berdasarkan cetakan yang dibekalkan BERSIH, pengundi itu didaftarkan di parlimen Bintulu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kidurong.
Bagaimanapun, SPR telah membetulkan namanya kepada Ajis Julaihi setelah diketengahkan di Internet dan media.
Rakyat dijangka berdepan lebih banyak lagi berita-berita berunsur hasutan dan propaganda tajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Sehubungan itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai propaganda bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
Kata beliau usaha itu dilakukan Umno bagi mengekang kemaraan Paktan Rakyat yang semakin mendapat sokongan rakyat sekarang.
“Tumpuan mereka kepada kalangan orang Melayu supaya terus menyokong Umno dan BN pada pilihan raya nanti. Ini kerana orang Cina dan India tidak lagi menjadi deposit tetap mereka.
“Sekarang mereka menjaja Belanjawan 2013 yang disifatkan sebagai mengutamakan rakyat dengan mengumpan pelbagai insentif sehingga telefon bimbit 3D kepada pelajar.
“Bajet gula-gula itu bertujuan untuk melenakan rakyat supaya lupa ketirisan kewangan kerajaan dan pemborosan isteri pemimpin negara,” katanya pada ceramah di Pondok Lati dekat sini malam tadi.
Ramai penduduk tempatan hadir mengikuti ceramah tersebut biar pun keadaan cuaca redup dan hujan renyai-renyai. Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib YDP, Mohamad Awang dan Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzukh Shaari.
Mohamad berkata, propaganda kedua dilakukan Umno-BN iaitu menakut-nakutkan orang Melayu supaya curiga terhadap kaum-kaum lain termasuk Cina, India dan Siam.
“Sebagai parti pemerintah Umno-BN sepatutnya bercakap mengenai perpaduan supaya rakyat bersatu padu. Tapi kini sudah terbalik, kita pula bercakap dan memupuk perpaduan rakyat,” katanya.
Menurutnya juga penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat lebih menyeluruh termasuk di kawasan kubu kuat Umno iaitu Johor sehingga setiap program diadakan mendapat sambutan hebat.
Abdul Fatah pula berkata, Pondok Lati tempat berlangsung ceramah tersebut menyimpan banyak sejarah kepada kebangkitan semula PAS di Kelantan selepas tewas pada pilihan raya 1978.
“Bermula dari sinilah PAS dan rakan-rakan dalam Angkatan Perpaduan Ummah akhirnya berjaya merampas semula Kelantan pada pilihan raya 1990 dan kekal sehingga sekarang,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment