Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno kini memulakan kempen pelampau agama melalui laporan Utusan Malaysia yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.
Laporan
berkenaan yang memetik pandangan seorang guru pondok antara lainnya
menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan
negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Namun, Anwar
memberitahu satu sidang media hari ini, akhbar tersebut tidak melaporkan
bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana
menteri juga tidak menyokong hukum hudud.
"Najib kata selagi jadi
PM beliau tak akan laksanakan hukum hudud," katanya sambil menambah,
Datuk Seri Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri
besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud.
"Kalau
ini pandangan mereka, kenapa DAP saja disebut tak boleh disokong
sedangkan kenyataan Umno dan MCA masuk kategori sama," katanya lagi.
Kit Siang: Ini hasutan berapi-api
Dalam sidang media sama, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Utusan melalui laporan muka depannya hari ini juga meneruskan hasutan tersebut dengan seruan untuk menolak parti tersebut.
"Ini hasutan yang berapi-api," katanya yang menjelaskan, DAP sejak
dahulu lagi menghormati peruntukan perlembagaan yang menetapkan Islam
agama rasmi.
"Pendirian kita tidak berubah. Kita negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi," kata Lim (kiri).
Jelasnya, kenyataan itu sama dengan pendirian oleh tiga perdana menteri pertama Malaysia.
Namun, kata Lim, DAP diserang begitu rupa oleh Utusan sehingga disifatkan sebagai "kafir harbi".
"Perdana menteri yang kempen 1Malaysia tak patut benarkan Utusan teruskan kempen ini," katanya lagi.
Sementara
itu, dalam perkembangan berkaitan, di Pulau Pinang, setiausaha politik
kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari turut membuat laporan
polis berhubung laporan Utusan itu.
Empat negeri Pakatan Rakyat menyatakan persetujuan menggunakan logo dan
tema yang sama pada sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.
Setiausaha
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan bagi negeri-negeri
Pakatan Rakyat telah dibuat dan akan mengguna pakai tema dan logo yang
telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat.
"Keputusan telah kita buat hari ini mengenai tema dan logo bagi sambutan Hari Kemerdekaan nanti.
"Dalam
pada itu empat negeri Pakatan iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan
Selangor telah bersetuju menggunakan tema dan logo yang sama seperti
mana yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat," jelasnya pada
sidang media di Ibu Perjabat PKR selepas mesyuarat pemimpin tertinggi
Pakatan Rakyat, hari ini.
Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan logo dan tema sambutan Hari
Kemerdekaan bagi Pakatan Rakyat.
"Perkara tersebut tidak timbul
kerana negeri Kelantan dan Kedah serta Pulau Pinang telah membuat
pengumuman awal bahawa mereka tidak mahu menggunakan tema yang
dicadangkan oleh kerajaan pusat.
"Sebab itulah negeri-negeri
tersebut membuat pengumuman bagi tema-tema yang akan digunakan,"
jelasnya ketika ditanya tentang perbezaan tema yang digunakan oleh
negeri-negeri Pakatan Rakyat sebelum ini.
Tambahnya lagi, apa
yang diputuskan mengenai tema dan logo telah dipersetujui bahawa ia akan
digunakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu,
Mustafa turut mengatakan sambutan ulang tahun Kemerdekaan dan Hari
Malaysia akan dibuat di Semenanjung dan juga di Sabah serta Sarawak.
Pada
30 Ogos sambutan Kemerdekaan akan diadakan di Selangor manakala untuk
sambutan Hari Malaysia iaitu 15 September disambut di Sabah dan 16
September pula di Sarawak.
Pemilihan
Slogan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat
sebagai tema Hari Merdeka yang ke-55 terlebih dahulu diperhalusi dan
dinilai dengan membandingkan slogan yang pernah digunakan kerajaan
Persekutuan sejak tahun 1970 hingga 2011.
Jawatankuasa Pemilihan
Tema Merdeka ke-55 Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Sasterawan Negara
Datuk A Samad Said mendapati slogan yang digunakan kerajaan tahun demi
tahun semenjak 1970 sering mengulangi perkataan seperti masyarakat,
bersatu dan rakyat dalam tema Hari Kemerdekaan.
Malah katanya,
apabila tiba waktu tertentu pula kerajaan menggunakan perkataan
'wawasan' dalam tempoh empat tahun bermula tahun 1991 dengan tema
'Wawasan 2020' diikuti 'Wawasan Asas Kemajuan', 'Bersatu Menuju
Wawasan', 'Nilai Murni Jayakan Wawasan' dan tahun 1995 dengan tema
'Jatidiri Pengerak Wawasan'.
"Jadi dengan menghalusi itu kita
dapat mewujudkan yang lebih bagus lalu kita membincangkan slogan-slogan
yang dihantar, akhirnya kita bersetuju sebuah slogan yang tidak sempurna
iaitu 'senegara, sebangsa, sehati, sejiwa'," katanya dalam sidang
media.
Hampir 250 cadangan slogan yang diterima oleh jawatankuasa
tersebut yang turut dianggotai oleh bekas menteri kabinet, Tan Sri
Kadir Sheikh Fadzil, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Gerakan, Dr Toh Kin
Woon dan Pengarah Eksekutif Women’s Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah.
Bagaimanapun
slogan yang diilhamkan oleh Alhaimi Adam, A. Samad berkata slogan itu
ada sedikit perubahan di mana perkataan 'sehati' digugurkan.
"Kita
bincangkan perkara ini, kita fikir sebelum wujudnya negara mesti ada
bangsa dahulu sesudah bangsa baru ada negara , sesudah ada bangsa dan
negara wujud sejiwa.
"Bunyinya sedikit abstrak tapi kami kira
'sejiwa' itu amat penting dan kami tolak sehati oleh kerana 'hati' ini
ia boleh busuk, jiwa ia tidak boleh busuk," katanya.
Beliau percaya setiap kelompok manusia rindu akan kesatuan demi kedamaian dan kesejahteraan hidup.
"Sejak
merdeka kita dapati 14 negeri disatukan dan orangnya dipanggil rakyat
Malaysia. Mereka ini menjadi kelompok bangsa yang membentuk sebuah
bangsa Malaysia yang baru akhirnya wujud sebuah negara," katanya.
Selama
lima dekad lebih beliau mendapati rakyat Malaysia lambat untuk
benar-benar bersatu malah ada yang tergamak untuk memecahbelahkan
sehingga menggunakan alasan perkauman.
Sebab inilah, katanya ia
melambatkan untuk membentuk sebuah negara dan matlamat ini tidak akan
dicapai kalau rakyat itu tidak bersatu padu atau tidak sejiwa.
"Dan
maka atas alasan-alasan itulah kami memilih slogan yang dihantar oleh
Alhaimi Adam dengan mengubah dan menyusun semula, di mana bangsa diubah
menjadi sebangsa memberi maksud tersirat harus bersatu. Bangsa harus
hidup bercita-cita dan hidup damai jadi ia harus sejiwa," katanya.
No comments:
Post a Comment