MP Subang R Sivarasa berkata kenyataan
mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengungkapkan BN
sebagai "syaitan" yang perlu terus diundi mencerminkan gaya seorang
diktator.
"Kenyataan Dr Mahathir itu adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.
"Ia mencerminkan personaliti dan juga sikapnya terhadap kuasa.
"Ia
juga secara asasnya menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak
menghormati demokrasi dan tidak menghormati hasrat rakyat," kata
Sivarasa.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir semalam yang menyeru
supaya sokongan terus diberi kepada BN dan bukannya kepada Pakatan
Rakyat yang dipimpin ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam
kenyataan itu, Mahathir mengungkapkan BN sebagai "syaitan yang anda
kenal" dan Pakatan Rakyat pula sebagai "malaikat yang anda tidak
kenal".
"Jelas beliau hanya mahu kerajaan sedia ada terus kekal berkuasa
dengan cara autoritarian seorang diktator," kata Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.
No comments:
Post a Comment