Tuesday, August 7, 2012

Konspirasi Senyap Yahudi Pada Olimpik 2012

Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini iaitu sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.

Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.


Angka 2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.


Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.


2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.


Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.


Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.

Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadan ini.


Dan berikut pula adalah Game Card illuminati. Permainan kad illuminati ini telah terbukti sebahagian daripada peristiwa yang digambarkan dalam kad ini telah terjadi walaupun kad ini dicipta pada tahun 1995.


Mungkin juga semua penerangan di atas ada kaitannya dengan hadis berikut:


Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bila telah muncul suara di bulan Ramadan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadan, pada malam Jumaat akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Tetapi, hadis ini adalah hadis yang lemah dan dikatakan tidak sahih tidak boleh dijadikan hujah, bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit dan yang lainnya.


Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai pendusta hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini. Semoga kita dan semua umat Islam seluruh dunia dijauhkan dari segala keburukan dan fitnah dajjal.


Siapa sudah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ini? Agak konfius. Kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit itu, ramai pulak tu...

Rupanya pokok itulah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah SAW!


Dan yang keluar itu hendak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminati ditonjolkan dalam upacara perasmian itu. Belum termasuk logo mata satu lagi.


Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadan. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin


Lihat gambar ini... ini adalah sewaktu pembukaan sukan Olimpik London 2012. Diceritakan bahawa Nabi Musa AS dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang tentera Firaun akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang dilahirkan pada waktu itu.

Lihat gambar ini... seorang bayi sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan.. Ini menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Musa AS yang sedang dihanyutkan di atas Sungai Nil ketika waktu malam.


Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat.. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuk Nabi Musa AS.


Nabi Musa AS mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepadanya.


Nabi Musa AS juga menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israil melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah.


Dengan kuasa Allah SWT, laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun serta pengikutnya.


Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa AS sebagai ahli sihir itu.


Dikatakan ketinggian Nabi Musa AS adalah 40 hasta. Satu hasta bersamaan 45.72 cm. 40 hasta bersamaan dengan 1,828.8 cm, manakala 1,828.8 cm bersamaan dengan 18.2 meter.


Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter? Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara pembukaan itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu.

No comments:

Post a Comment