Friday, July 25, 2014

Tiada lagi catuan air di Selangor walau paras air menurun

water_tank_truck_hulu_langat-e13932879617521SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor telah memutuskan untuk tidak melaksanakan semula catuan bekalan air dan akan memastikan kuantiti sumber air mencukupi untuk loji pembersihan air ( LPA) beroperasi pada tahap maksima.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, setakat 18 Julai ini, terdapat penurunan di antara 0.8 peratus sehingga 3 peratus bagi kapasiti semua empangan.
“Walaupun terdapat penurunan, namun kerajaan negeri tidak akan melakukan catuan air semula.
“Paras air di empangan menurun disebabkan cuaca panas dan kering serta ketiadaan hujan di kawasan tadahan empangan,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Yunus turut menyeru agar semua pihak berhemah dan berjimat dalam menggunakan air di musim perayaan ini.
“Harap semua berjimat dalam menggunakan air lebih- lebih lagi dengan cuaca kering dan panas yang sedang di alami,” katanya.
Selain itu, Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk menggunakan khidmat pesawat daripada Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) bagi operasi pembenihan awan.
Menurutnya, perkara ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MET).
“Hal ini perlu kerana operasi pembenihan awam di Selangor akan dilakukan pada skala yang besar,” katanya.

No comments:

Post a Comment