PM Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2013 pada
Jumaat ini, 28 September 2012, bajet yang keempat bagi beliau sejak
memegang jawatan PM merangkap MK mulai April 2009. Oleh kerana PRU13
mesti diadakan sebelum berakhirnya setengah tahun pertama 2013, maka ini
adalah bajet terakhir yang beliau bentangkan sebelum PRU13. Selepas
itu, tiada kepastian beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri kerana
kemungkinan UMNO-BN akan kehilangan kuasa. Bahkan, sekiranya UMNO-BN
kekal berkuasa sekali pun, belum pasti lagi Perdana Menteri Malaysia
adalah Najib jika sasaran memulihkan dua pertiga majoriti UMNO-BN gagal
dicapai dan Selangor gagal dikembalikan ke pangkuan UMNO-BN.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkomplot untuk
mengambilalih teraju pimpinan negara. Penyokong utama beliau termasuklah
mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad dan mantan Menteri
Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Malah, ada sumber yang menyebut bahawa
Mahyuddin sedang ditolak kehadapan supaya menggantikan Najib sebelum
PRU13 diadakan kerana Najib dan isteri beliau, Datin Sri Rosmah Mansur
merupakan beban berat yang dipikul UMNO sekarang yang padahnya boleh
membawa kekalahan.
Bila UMNO-BN hilang kuasa dua pertiga majoriti dalam PRU12 (2008),
mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dipersalahkan. Sekiranya
UMNO-BN hilang lebih banyak kerusi dalam PRU13 ini, maka Najib akan
dipersalahkan. Mengambil pengajaran dari PRU12, UMNO tidak mahu
menungggu “nasi telah menjadi bubur” baru mahu bertindak. Bermain “blame
game” ketika UMNO-BN telah hilang kuasa tiada gunanya. Thesis “buang
Najib jika UMNO-BN hendak menang dalam PRU13” sedang diletakkan di
peringkat ujian makmal sekarang dan sekiranya ia lulus ujian, maka
sinario baru yang bakal muncul ialah PRU13 hanya akan diadakan selepas
jawatan Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan. Ini bermakna, parlimen
hanya akan dibuburkan setelah cukup lima tahun, satu rekod baru.
Tidaklah sukar bagi sesiapa pun untuk meramalkan bahawa bajet 2013
ini semestinya bajet pilihanraya. Misalnya, Justin Wood, ketua ahli
ekonomi kepada “Economist Corporate Network” (ECN) melihat Bajet 2013
berwajah bajet pilihan raya yang mengandungi umpan-umpan untuk memancing
undi.
Ada telahan sebaik sahaja bajet 2013 dibentangkan, parlimen akan
dibubarkan dan tarikh PRU13 diumumkan, berkemungkinan seawal bukan
November. Ini tidak pasti. Yang pasti ialah tempoh parlimen tamat pada 8
Mac 2013. Ini bermakana, PRU13 pastinya akan berlangsung pada
bila-bila masa dalam tempoh enam bulan selepas bajet 2013 dibentangkan.
Ada jenaka bahawa selepas pembentangan bajet 2013, jawatan Perdana
Menteri akan beralih tangan dahulu, kemudiannya barulah diadakan PRU13.
Perancangan awal kerjaaan UMNO-BN ialah untuk mengadakan PRU13
sebaik-baik sahaja bajet 2012 dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang
lalu. Ianya ditunda kerana kerajaan tidak yakin ia boleh mancapai
sasaran yang ditentukan, iaitu, menang besar (mengembalikan majoriti dua
pertiga di dalam parlimen) sekiranya PRU13 diadakan se awal bulan
November atau Disember 2011. Selepas itu, laporan perisikan (dari
Cawangan Khas Polis, Perisikan Tentera dan Laporan KEMAS) yang diterima
oleh Perdana Menteri secara berkala terus menerus menunjuk ke arah
UNMO-BN akan hilang kuasa “jika PRU13 diadakan sekarang” menyebabkan
Perdana Menteri merasa gentar untuk menetapkan tarikh piliharaya.
Laporan perisikan yang menunjukkan bahawa UNMO-BN bakal menepuh laluan
yang semakin sukar untuk mempertahankan kuasa apatah lagi untuk mencapai
sasaran mengembalikan majoriti dua pertiga menyebabkan PRU13 sudah
tertangguh hampir setahun. Berdepan dengan suasana yang genting ini,
kerajaan UMNO-BN tiada jalan lain kecuali menggunakan sepenuhnya bajet
2013 sebagai alat untuk membeli undi. Oleh itu, bajet 2013 adalah adik
kembar kepada bajet 2012. Wajah mereka serupa, iaitu, wajah bajet
pilihan raya. Tawaran-tawaran yang terkandung dalam bajet 2012 bakal
diulang dalam bajet 2013, malah, dimaniskan lagi merangkumi kesemua
segmen pengundi. Fokusnya ialah untuk membeli undi bukan menjana
pertumbuhan ekonomi yang lestari.
Kerajaan akan berbelanja lebih besar dan dalam masa yang sama
mengurangkan beban cukai untuk meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat
dan merangsang pelaburan. Penurunan cukai ini hanya langkah “one-off”
untuk membeli undi. Kalau UMNO-BN menang lagi (minta dielakkan), rakyat
akan didera dengan cukai GST. Infrastruktur untuk melaksanakan GST sudah
sedia.
Defisit belanjawan akan berterusan untuk tahun yang keduabelas, satu rekod baru.
Berikut adalah contoh umpan-umpan - dalam bentuk “bayaran sekali
sahaja” dan projek “mi segera” untuk memberi minyak pelincir kepada
jentera piliharan raya UMNO-BN - yang bakal disuakan kepada rakyat
Malaysia dalam bajet 2013.
Pertama, pemberian wang tunai sekali sahaja (
one-off cash payment) sebanyak RM500 kepada ketua isirumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah akan diteruskan.
Kedua,
membuat peruntukan yang lebih besar untuk program-program kebajikan
sosial dan jaring keselamatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Ini khususnya memandangkan Menteri kepada
kementerian ini adalah Perdana Menteri sendiri. Dijangka Menteri
Kewangan akan menunjukkan sikap pemurah yang luar biasa kepada kaum
wanita, golongan pengundi terbesar (lebih 50% dairpada jumalah
pengundi).
Ketiga, peruntukan lebih besar bakal disediakan untuk
langkah-langkah membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan dan
ketenteraman awam.
Keempat, memandangkan kerajaan telah pun
menerbitkan Pelan Induk Pendidikan Negara (2013-2025), adalah
dijangkakan bahawa peruntukan untuk sektor pendidikan akan dibesarkan
lagi dalam bajet 2013 ini. Mungkin usul pelajaran percuma ada dalam
bajet 2013 ini.
Kelima, peneroka Felda dijangka dibayar RM5,000 lagi, iaitu,
baki daripada RM15,000 durian runtuk yang dijanjikan kepada lebih dari
100,000 orang peneroka Felda di seluruh negara memandangkan undi
peneroka dan ahli keluarga mereka adalah simpanan tetap bagi UMNO dalam
PRU13 ini. Selain daripada itu, kerajaan dijangka menyediakan pinjaman
berterma mudah kepada peneroka untuk membeli saham FGVHB sebanyak 830
unit yang diperuntukkan kepada mereka memandangkan ramai peneroka yang
tidak mampu membiayai pembelian itu. Satu skim pembiayaan perumahan
untuk peneroka juga bakal diperkenalkan.
Keenam, memandangkan pengundi di Sabah dan Sarawak merupakan
simpanan tetap bagi UMNO-BN, boleh dijangkan bahawa kedua-dua negeri
ini akan menerima peruntukan pembangunan yang lebih besar. Perkembangan
yang berlaku di Sabah dan Sarawak yang tidak memihak kepada kerajaan
UMNO-BN sejak kebelakangan ini memberi isyarat bahawa rakyat kedua
negeri ini sudah bersedia untuk berubah sekiranya ketidakseimbangan
pembangunan antara wilayah tidak ditangani segera. Deklarasi Kuching
(diumumkan pada 16 September 2012) yang menggariskan tujuh komitmen
Pakatan Rakyat untuk membela rakyat Sabah dan Sarawak menyebabkan
UMNO-BN terus tertekan. Di bawah “Perkara 6: Keadilan Dalam Isu Minyak”
di dalam Deklarasi itu Pakatan Rakyat memberi komitmen “akan menaikkan
bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber hidrokarbon kepada Sarawak
dan Sabah dari 5% ke 20%.” Penganalis berpandangan, Perdana Menteri
bukan sahaja akan menciplak Perkara 6 ini tetapi akan menciplak kesemua
tujuh perkara di dalam Deklarasi Kuching itu. Kalau tidak, tabung
simpanan tetap – 25 kerusi di Sabah dan 31 di Sarawak - akan pecah.
Kehilangan 50% kerusi sudah cukup untuk membawa padah buruk kepada
UMNO-BN.
Ketujuh, pengundi luar bandar adalah juga simpanan tetap
bagi UMNO-BN. Dalam bajet 2012, kerajaan, antara lain, memperuntukkan
RM5 bilion untuk pembinaan infrastruktur di kawasan luar bandar termasuk
pembinaan jalanraya luar bandar. Dijangka program ini akan diteruskan
dengan peruntukan yang lebih besar. Kerajaan dijangka mencurahkan wang –
seperti mana yang disakukan dalam tahun 2012 - ke kawasan luar bandar
dengan melaksanakan projek “mi segera” seperti menurap jalan, membaiki
jambatan, membaiki dan mengecat semula bangunan awam seperti dewan orang
ramai, balai raya, mesjid dan surai dan bangunan sekolah Projek ini
tidak akan ditender, sebaliknya akan dianugerahkan terus kepada ketua
bahagian UMNO untuk membantu mereka menyediakan “minyak pelincir” kepada
jentera pilihan raya.
Kelapan, kakitangan awam yang jumlahnya, menurut data yang
didedahkan oleh Presiden CUEPACS, Dato’ Omar Osman, mencecah 1.4 juta
orang, adalah segmen pengundi yang penting. CUEPACS baru-baru ini
mengemukakan enam tuntutan, iaitu, sekim baru saran kakitangan
menggntikan sistem saraan baru yang telah dibatalkan kerana didapati
menganaktirikan kakitangan bawahan dan melanggar prinsip kesaksamaan dan
keadilan, menyediakan rumah mampu milik di Bandar-bandar, alaun sewa
rumah yang lebih tinggi, bonus tambahan, menyerap 45,000 kakitangan
awam sementara ke dalam perkhidmatan tetap dan menghidupkan semual
Majlis Bersama Antara Jabatan yang telah dimansuhkan. Tentunya,
kakitangan awam mahu melihat kesungguhan kerajaan di dalam membela nasib
dan menjamin masa hadapan yang lebih cerah bagi kakitangan awam dan
pembaikan mutu perkhidmatan awam yang berterusan. Jika langkah yang
drastik tidak dilaksanakan bagi meningkatan pendaptan kakitangan awam,
adalah dikhuatiri bila mana Malaysia mencapai taraf Negara maju dengan
pendapatan per kapita USD15,000 (RM48,000 atau RM4,000 se bulan
seorang), sebilangan besar kakitangan awam bakal tergolongan di dalam
golongan rakyat termiskin.
Kerajaan selama ini boleh bebelanja besar kerana ada dana dariapda
Petronas. Hampir 35% sumber pembiayaan datang dari Petronas dan ini,
dalam jangka panjang, tidak boleh dikekalkan. Sebab itu kerajaan memang
beria-ia untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Kumpulan Wang Antarabangsa (IMF) sudah menasihati kerajaan Malaysia
supaya melaksankan GST tanpa bertangguh-tanguh lagi. Buat masa ini
kerajaan memang tidak berani untuk melaksankannya kerana takut ia akan
menimbulkan kemarahan rakyat dan boleh membawa padah kehilangan kerusi.
Kalau GST tidak dilaksanakan, ruang untuk kerajaan menambahkan hasil
cukai akan kekal terhad. Pelaksanaan GST bakal meningkatkan beban cukai
ke atas rakyat kerana GST itu seumpama pukat harimau melalui mana lebih
ramai rakyat yang akan dilitupi oleh jaringan cukai. Betulkah cukai di
Malaysia tinggi? Ya, secara perbandingan cukai di Malaysia tinggi.
Lihat perbandingan Nisbah Hasil Cukai kepada KDNK (2007-2010):
|
Negara
|
%
|
1
|
Malaysia
|
14-16
|
2
|
Singapura
|
13-14
|
3
|
Indonesia
|
11-13
|
4
|
Thailand
|
15-16
|
5
|
Filipina
|
12-14
|
6
|
Kemboja
|
9-11
|
7
|
Hong Kong
|
12-14
|
8
|
Amerika Syarikat
|
8-12
|
9
|
China
|
9-10
|
10
|
India
|
9-11
|
Sumber: The World Bank (http://data.worldbank.org)
|
Cukai pendapatan syarikat di Malaysia (25%) dan cukai pendaptan
individu (0-26%) lebih tinggi berbanding Singapura (17% dan 3 - 20%) dan
Hong Kong (16.5% dan 0 - 15%). Lihat pula cukai ke atas kenderaan. Ia
cukup tinggi, menyebabkan harga kenderaan tinggi, tidak sejajar langsung
dengan harga pasaran kenderaan dunia. Sebab harga kenderaan tinggi
ialah dasar perlindungan industri otomobil (melindungi Proton dan
Perodua), sistem AP yang tidak efisien, pertandingan terhad dan cukai
eksais yang tinggi (60-105%) ditambah cukai jualan (10%).
Model Kereta
|
Harga di AS (persamaan RM)
|
Harga di Malaysia (RM)
|
Kali Ganda
|
‘09 BWW535i Sedan
|
178,000
|
450,000
|
2.53
|
‘09DMW328i 2door Co
|
155,369
|
460,000
|
3.00
|
‘09Audi A4 2door 2.OT CaCo
|
142,357
|
265,000
|
1.90
|
‘09VW GT1 2.OT
|
85,000
|
200,000
|
2.50
|
‘010 Toyota Camry 2.4L
|
69,396
|
170,000
|
2.45
|
|
Harga di I’dsia (persamaan RM)
|
Harga di Malaysia (RM)
|
Kali Ganda
|
Toyota Altis
|
46,000
|
112,000
|
2.43
|
Honda Jazz
|
36,000
|
108,00
|
3.00
|
Sumber: Secret Weapon to Win (or Lose) the Next General Election – http//hornbillunleashed.wordpress.com
|
Jika harga kereta, misalnya, Honda Jazz diturunkan dari RM108,000 ke
RM36,000 (sama seperti harga di Indonesia), ansuran bulanan boleh
diturunkan dari RM1,500 sebulan ke RM500 sebulan, penurunan sebanyak
RM1,000 sebulan ini samalah seperti memberi kenaikan gaji sebanyak
RM1,000 sebulan. Oleh itu memang wajar cukai di Malaysia diturunkan.
Kalau GST diperkenalkan, maka cukai-cukai yang lain harus dikurangkan.
Singapura, misalanya berbuat demikian. Kalau tidak beban cukai ke atas
rakyat akan bertambah.
Terlalu banyak ketirisan dalam bajet negara melalui rasuah,
pembelonan harga perolehan kerajaan dan kos projek dan pengurusan bajet
yang lemah dan tidak berdisplin. Bebannya rakyat yang tanggung. Sudah
sampai masanya bajet negara diubah.