Monday, September 3, 2012

AMK: Sang Saka Malaya pandangan peribadi Najwan


Pemuda PKR (AMK) hari ini menegaskan tindakan seorang pemimpinnya mereka bendera "Sang Saka Malaya" tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sayap kanan PKR itu.

Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin berkata, mereka tidak pernah membincangkan bendera rekaan timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi itu.

NONEBahkan, kata Shamsul (kiri) lagi, rekaan itu juga dikemukakan pada 2007 sebelum Najwan dilantik sebagai pemimpin AMK.

"Saya percaya rekaan itu merupakan pandangan beliau dan manifestasi beliau sebagai seorang anak muda yang memberikan satu penilaian sejarah.

"Saya percaya elemen merah dan putih menjadi satu asas kepada rekaan beliau. Cuma Utusan mengaitkan dengan pemimpin AMK.

"Oleh kerana beliau sekarang timbalan ketua penerangan AMK, apa yang dilakukannya pada 2007, saya fikir tidak ada masalah, dan tidak harus dikaitkan dengan pendirian sayap muda PKR," katanya.

Ekspesi berlandaskan sejarah
Utusan Malaysia di muka depannya hari ini melaporkan Najwan sebagai mendakwa mereka Sang Saka Malaya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.

Akhbar Umno itu juga melaporkan, laman Twitter Najwan juga menyebut: "Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!"

NONEDalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Shamsul menegaskan pihaknya tidak menyokong usaha menukar bendera Jalur Gemilang, tetapi "tiada masalah" dengan pihak yang ingin mengibarkan Sang Saka Malaya.

"Kita tidak boleh menghalang ekspresi anak muda yang berlandaskan kepada sejarah dan bukannya seronok-seronok nak kibar," katanya sambil meminta media supaya memahami latar belakang sejarah terlebih dahulu daripada mempolemikkannya.

Katanya, berdasarkan sejarah, elemen merah-putih dalam bendera itu adalah asalnya cadangan PUTERA-AMCJA, pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) Dr Burhanuddin Helmi dan Tun Tan Cheng Lock.

AMK juga berkata, isu itu tidak perlu diperbesarkan seolah-olah ia berpotensi mengancam keselamatan negara.

"Di saat perdana menteri menyeru generasi muda mempunyai fikiran yang terbuka dan harus merobos sempadan kemustahilan, adalah sesuatu yang dangkal apabila ada generasi muda celik sejarah ditekan hanya kerana mempunyai idea yang berbeza dalam mengiktiraf sejarah," katanya.

Bendera Umno Sang Saka Bangsa?
Sementara itu, Shamsul juga mengarahkan AMK Wilayah Persekutuan menjejaki individu yang didakwa memijak gambar perdana menteri pada perhimpunan 30 Ogos lalu bagi tujuan membantunya.

NONE
Beliau juga menolak dakwaan tentera siber BN yang mengaitkan Sang Saka Malaya dengan pengaruh negara jiran kerana bendera Umno Sang Saka Bangsa juga dipengaruhi unsur yang sama.

Ditanya sama ada sedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya sayap kanan PKR itu disiasat, Shamsul berkata beliau tidak tahu apa yang polis ingin siasat.


"Ini bukan zaman ugut. Kalau zaman ugut maksudnya rakyat tidak didahulukan.

"Kalau nak siasat bawah Akta Hasutan, adakah dengan beberapa (orang mengibar bendera) maka terhasut semua rakyat Malaysia membenci kerajaan.

"Ini adalah pandangan berdasarkan sejarah," katanya.

Bahkan beliau minta pasukan polis juga bersikap adil dengan menubuh pasukan penyiasat mencari dan menyiasat individu yang didakwa menghina gambar Datuk Nik Aziz Nik Mat dan membakar gambar Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga sebelum ini.

 


 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.

NONEKatanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.

"Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara," katanya.

Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.

Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh.

No comments:

Post a Comment