Membentangkan dua hari lebih awal daripada bajet nasional, Anwar berkata, tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.
"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," katanya.
Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.
"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.
Bajet alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.
Menteri kewangan akan membentangkan bajet 2012 Jumaat ini.
Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 menegaskan akan membubarkan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia mempunyai fungsi yang sama
dengan Khazanah Nasional.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang belanjawan tersebut memberitahu tindakan membubarkan 1MDB itu akan dilaksanakan dalam masa 100 hari selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Putrajaya.
Beliau menegaskan kehadiran 1MDB adalah sama dengan fungsi Khazanah yang terlibat dalam strategi pelaburan.
"Kita ingin melahirkan reformasi dan ketelusan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) serta memelihara hak dan fungsi.
"Khazanah sudah melaksanakan tugas seperti mana yang diarahkan dan kenapa perlu diwujudkan 1MDB sedangkan fungsinya adalah sama dalam strategi pelaburan," jelasnya pada pelancaran belanjawan itu di dewan taklimat parlimen, petang ini.
Tambah beliau lagi, dengan wujudnya 1MDB itu juga merupakan satu pembaziran yang besar kerana objektifnya sama dengan Khazanah.
"Pakatan Rakyat akan memastikan semua aset yang telah dipindahkan atau semua projek dimasukkan kembali kepasa hak milik awam serta melihat semula perjanjian komersial yang telah dimeterai oleh 1MDB.
"Kita juga menetapkan sasaran dividen tetap terhadap Khazanah bermula dengan RM2 bilion setiap tahun," jelasnya lagi.
Selain itu juga, melalui belanjawan ini juga Pakatan Rakyat turut menyediakan insentif bagi pengurusan GLC yang bukan di dalam bidang asas dan strategik untuk mengambil alih syarikat melalui pengurusan membeli (Management buy out- MOB) sebagai usaha mengurangkan persaingan GLC dan syarikat swasta.
Pakatan Rakyat hari ini membentang Belanjawan 2013, dengan beberapa tawaran baru yang menguntungkan segenap lapisan rakyat dan bersifat realistik.
Ia dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan kira-kira jam 2 petang tadi, dua hari lebih awal daripada Barisan Nasional (BN).
Intipati Belanjawan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang.
Tujuh teras utama digariskan iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat.
Belanjawan bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu juga mengandungi beberapa tawaran baru yang menarik, antaranya: -
- Peruntukan RM3 bilion setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional.
- Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
- Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah.
- Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah
mampu milik secara besar-besaran.
- Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
- Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
- Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.
Sungguhpun Umno menuduh tawaran kebajikan yang dibuat Pakatan boleh membankrap negara, ia sebenarnya melibatkan RM33.5 bilion sahaja.
Sedangkan, sejumlah RM15 bilion diperoleh dari dasar penjimatan 10 peratus perbelanjaan negara dan RM6 bilion dari pendapatan ekonomi yang rancak pada kadar enam peratus.
Hal ini dibuktikan di negeri Pakatan, khususnya Selangor yang memberi pelbagai kebajikan kepada rakyat tetapi memiliki rezab simpanan tunai yang tinggi.
Jumlah itu akan meningkat berkali-kali ganda jika dasar penjimatan diperluas ke negeri yang masih ditadbir BN dan mengawal perbelanjaan di peringkat Pusayt, apabila Putrajaya ditawan
Kos RM33.5 juta itu ialah elaun guru (RM2.4 bilion), Wifi percuma (RM1.2 bilion), Hapus tol PLUS dan dua konsesi lain dalam tahun pertama (RM6.4 bilion), Hapus PTPTN dan pendidikan percuma (RM6 bilion), Turunkan harga kereta pada 20 peratus potongan cukai (RM2 bilion), Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion) dan peruntukan 20 peratus royalti minyak (RM12.5bilion).
Juta Secara keseluruhan, jumlah belanjawan ialah RM233 bilion, lebih kecil daripada angka juta yang dijangka dibentang BN (melepasi paras RM250 bilion) walaupun meningkat RM13 bilion Belanjawan Pakatan tahun lalu.
Ia dibuat berdasarkan pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus yang diramal penganalisis dan ahli ekonomi berbanding BN yang menggunakan unjuran lima hingga enam peratus.
Ia juga mensasarkan defisit 3.5 peratus yang lebih drastik berbanding 4.4 peratus pada 2012 walaupun BN dijangka menggunakan tahap defisit 4 peratus.
Sebanyak RM134.6 bilion pendapatan negara diperoleh dari sumber
cukai iaitu cukai langsung (RM102.3 nilion), cukai tidak langsung (RM32.4 bilion).
Pendapatan bukan cukai ialah RM56.8 bilion, lesen dan permit (RM13.9 bilion), pelaburan (RM36.7 bilion) dan lain-lain (RM6.2 bilion), menjadikan pendapatan keseluruhan RM191.5bilion.
Sebanyak 189 bilion pendapat negara dicatat sebelum RM2 bilion berkurang disebabkan dasar kebajikan Pakatan tetapi berupaya menambah RM4 bilion hasil dasar penjimatan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan.
Ia menjadikan pendapatan bersih negara ialah RM191 bilion dengan RM42
bilion hutang baru, sedangkan Belanjawan Pakatan melibatkan RM233 bilion sahaja.
Sedang BN dijangka menggunakan jumlah lebih besar walaupun ia tidak menjurus kepada kebajikan rakyat secara berstruktur.
BN dijangka memanipulasi belanjawan kali ini bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 dengan melambakkan taburan wang ringgit yang mengikut Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘menyerupai rasuah’

No comments:
Post a Comment