Tuesday, September 18, 2012

Suaram sedia hadapi 'kemungkinan paling buruk'



NGO hak asasi manusia Suaram bersedia untuk menghadapi “kemungkinan paling buruk” dalam tindakan kerajaan ke atasnya, termasuk kemungkinan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.

Anggota sekretariatnya, Cynthia Gabriel berkata Suaram bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu memandangkan menteri perdagangan dalam negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa NGO berkenaan mungkin boleh dituduh atas beberapa dakwaan.

"Beliau juga membayangkan bahawa Suaram merupakan sebuah pertubuhan haram, jadi kita bersedia untuk apa saja," katanya.

Tambahnya, NGO itu hanya akan mendedahkan rancangannya apabila tiba masanya.

Gabriel berkata, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sengaja menggambarkan Suaram sebagai entiti berbeza daripada syarikat yang didaftarkan – Suara Inisiatif Sdn Bhd – untuk mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram.

"Kami percaya pihak berkuasa sebenarnya main kotor kerana mereka cuba bezakan Suaram dan Suara Inisiatif, sedangkan (kedua-duanya) satu (entiti) sama," katanya.


 Menteri yang bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata badan itu akan mengesyorkan kepada peguam negara untuk mendakwa syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd yang dikaitkan dengan NGO Suaram.

Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu berkata, syor berkenaan akan disampaikan peguam negara pada jam 4 petang ini.

Dalam sidang media di ibu pejabat SSM itu, Ismail Sabri berkata suruhanjaya berkenaan akan memulakan tindakan undang-undang berdasarkan laporan kewangan Suara Inisiatif yang mengelirukan.

Ketika diminta menjelaskan perkara itu, Ismail Sabri berkata, kekeliruan itu melibatkan semua perkara namun butiran berkenaan masih tidak dapat didedahkan.


 NGO hak asasi manusia, Suaram akan didakwa di mahkamah minggu ini selepas mendapat lampu hijau daripada Pejabat  Peguam Negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Ismail dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata pertuduhan itu berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), yang telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apakah kesalahan yang dilakukan oleh NGO tersebut.

Ismail menjelaskan bahawa kelewatan dalam mengambil tindakan terhadap Suaram adalah kerana kes itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara terlebih dahulu.



No comments:

Post a Comment