Saturday, September 22, 2012

Khalid Ibrahim: Dari penjual kelapa salai ke MB Selangor



Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.
Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa perkerja.

Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.
Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.

Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.
Peristiwa kebakaran rumah kelapa salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatannya.

Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.
Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa.

 Membesar di dalam rumah Tan Sri Khalid Ibrahim bermaksud hari lahir tanpa barang permainan.

NONESebaliknya, bercakap dalam persembahan video semasa pelancaran buku ayahnya, Siti Izatul Hawa berkata, hari jadi bermaksud pelaburan untuk masa depan.

"Kami dapat amanah saham," kata Siti Izatul disambut gelak ketawa daripada bilik yang turut dihadiri rakan taulan dan anggota keluarga menteri besar Selangor .

Terkenal dengan perbelanjaan berhemah sebagai pentadbir negara, bapa yang tegas itu kali ini tampak ceria.

Turut kelihatan anak kecil dua tahun Muhammad Arif Fitri, ibunya Siti Aida Fitri dan saudara perempuan Siti Zaharah dalam majlis perlancaran buku Fearless: From Kampung Boy to CEO
oleh isteri meteri besar Salbiah Tunut.

NONEJarang-jarang disaksikan, ucapan Salbiah mengimbau kenangannya bersama Khalid, termasuk bagaimana mereka mula-mula bertemu.

"Kami bertemu di Kuantan. Tak ada 'romen-romen'. Saya beritahu dia, kamu nak saya, kamu kena jumpa ibu, jadi dia minta pada orang tua saya untuk berkahwin.

"Kami bertunang pada bulan Ramadan dan tiga bulan selepas itu kami berkahwin," katanya.

Perkahwinan itu kini kekal sehingga 40 tahun lamanya.


Ini atas kejayaan mengetuai operasi ‘dawn raid’ di Bursa Saham London dengan ‘membawa pulang’ syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).
Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan ‘dawn raid’, anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.

Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’.
Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini.
Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tips-tips berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.

Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.

Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.
“Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.
“Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik,” katanya kepada media Selangorku selepas pelancaran buku tersebut.
Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan dan ia boleh didapati di kedai-kedai terkemuka.

No comments:

Post a Comment