Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK), Lee Khai Loon
mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat
segera skandal pemberian 24 bidang tanah komersial yang bernilai tinggi
kepada parti-parti Barisan Nasional pada harga RM1 sekaki persegi
sahaja.
SPRM diminta untuk menyiasat segera ke atas pemimpin Barisan Nasional
dan kerajaan Umno BN yang jelas menyalahguna kuasa serta terlibat dalam
konflik kepentingan (conflict of interest). Kesemua 24 bidang tanah
yang dimiliki rakyat perlu dikembalikan kepada kerajaan negeri Selangor.
AMK
ingin memuji keberanian YB Ng Suee Lim, Adun Sekinchan yang
membongkarkan skandal rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku semasa
pemerintahan Umno BN di bawah bekas Menteri Besar Khir Toyo. Dalam
tempoh tahun 1999 hingga 2008, kerajaan Umno BN telah menjual tanah
komersial yang bernilai tinggi kepada parti Umno, MCA, MIC dan Gerakan.
Tanpa rasa malu dan segan, terdapat sekeping tanah yang diberi
hakmilik atas nama individu Dato Seri Samy Velu dan Dato S Subramaniam.
Kedua-dua individu tersebut adalah pemimpin MIC pada masa itu yang jelas
bahawa terbuktinya budaya rasuah dan salahguna kuasa di dalam Umno BN
secara terang-terang.
Kewibawaan SPRM sekali lagi tercabar dengan skandal yang berlaku.
Sebenarnya, rakyat berharap SPRM akan bertindak dengan professional dan
tidak berpihak kepada mana-mana parti dalam penyiasatan skandal tersebut
serta mendakwa semua yang terlibat. SPRM peru bertindak tegas agar
pemindahan manfaat di kalangan Umno BN agar skandal tersebut tidak akan
berulang dan sekaligus mengembalikan kredibiliti SPRM sendiri.
AMK berpendapat bahawa kesemua maklumat yang dibentangkan oleh Adun
Sekinchan sangat mencukupi untuk SPRM mengambil tindakan. AMK yakin
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak akan bertolak ansur serta
memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM dalam proses siasatan
tersebut agar 24 bidang tanah tersebut dapat dikembalikan dengan kadar
yang segera.
Sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, indeks rasuah
negara kita tidak diperbaiki malah bertambah teruk sehingga
membimbangkan. Oleh itu, AMK mendesak Najib Razak yang merangkap
Presiden UMNO/BN, memohon maaf kepada semua rakyat atas skandal tanah
tersebut.
Sementara itu, demi kepimpinan melalui teladan serta iltizam politik
banteras rasuah, Najib Razak perlu memperbetulkan masalah tersebut
dengan mengarahkan Umno, MCA, MIC dan Gerakan agar mengembalikan kesemua
24 bidang tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Lee Khai Loon
Ketua Penerangan AMK
No comments:
Post a Comment