Sunday, November 18, 2012

Jangan sandiwara, Umno-BN mesti henti hubungan dagang dengan Israel


 
 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza, yang sehingga kini mengorbankan lebih 50 nyawa rakyat Palestin.
Katanya, tindakan rejim Israel  memusnahkan kawasan penempatan Palestin merupakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.
“Kami mengecam tindakan kejam ini dan mahu masyarakat antarabangsa melakukan apa sahaja demi menghentikan keganasan.
 
“Pengeboman yang berterusan dan memanggil 75,000 tentera simpanan adalah ancaman terhadap keamanan dan kestabilan di rantau ini,” kata Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Anwar juga mengulangi amaran Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyip Erdogan dan Presiden Mesir, Mohammed Morsi bahawa kesan serius akan tercetus jika Israel meneruskan serangan darat mereka.
Beliau turut menggesa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertindak tegas bagi mengakhiri ketegangan yang semakin meningkat.
“Semua negara yang cintakan keamanan mesti mengambil pendirian moral yang jelas berhubung hal ini dan menekan Israel untuk hentikan serangan kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas.
“Rakyat Palestin dipinggirkan bertahun-tahun dan sejak 2006 dihukum dengan tidak adil oleh kuasa Barat kerana memilih Hamas untuk memimpin mereka,” katanya.

Sewaktu seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zionis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh.

Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya’ tersebut, melakukan kezaliman, membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, orang tua dan wanita.
Amerika Syarikat sebagai sekutu besar Zionis Israel terus memberikan sokongan dan merestui terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka dan terbukti Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik sepenggal lagi telah gagal dan bersekongkol dengan Zionis Israel terhadap serangan yang berlaku di Tebing Gaza tersebut.
Adalah amat mustahil sekiranya White House tidak mengetahui langsung misi pembunuhan tersebut.

Kerajaan Umno-BN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama dalam perdagangan bersama Zionis Israel, termasuk pembiayaan kontrak RM77 juta kepada APCO adalah membuktikan sikap sebenar pimpinan Umno-BN yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jingga 13 mendesak agar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa dalam negara ini menghentikan segala hubungan perdagangan, nasihat dan persahabatan dengan Zionis Israel.

Sikap hipokrasi Kerajaan Umno-BN dalam masa sama konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebelah tangan lagi turut sama menyumbangkan ‘peluru’ kepada tentera Zionis Israel untuk membunuh umat Palestin melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif seperti mana yang pernah Jingga 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di West Port, Pelabuhan Klang .

Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno-BN usah bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam masa sama menjadi ‘penjilat’ kepada Zionis Israel.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

No comments:

Post a Comment