Thursday, November 1, 2012

Ketua Hakim Negara bimbang amalan tangguh kes

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menzahirkan kebimbangan beliau terhadap peguam dan mahkamah yang menangguhkan kes, yang menurutnya "sudah mula kembali menjadi amalan" sejak kebelakangan ini di mahkamah sivil dan jenayah.

Katanya, mereka juga perlu berusaha membuat persediaan untuk perbicaraan dalam masa yang ditetapkan dan penangguhan hanya boleh dilakukan "atas sebab-sebab yang baik dan mendesak".

NONEBeliau juga mengumumkan pelantikan empat pesuruhjaya kehakiman yang baru - bekas Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Hamzah; bekas Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Wira Kamaludin Md Said; bekas Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Datin Azizah Nawawi dan Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Wong Chiang Kiat.

Arifin turut menegaskan kepada hakim dan pegawai kehakiman bahawa mereka tidak secara mudah menangguh sesuatu kes yang telah ditetapkan.

"Selain itu, perlu juga diingati bahawa apabila sesuatu kes itu ditangguhkan untuk keputusan, keputusan perlulah diberikan dalam masa tidak melebihi empat minggu, manakala alasan penghakiman pula haruslah disediakan dalam masa 8 minggu daripada tarikh rayuan difailkan.

NONE"Arahan ini perlu disebatikan oleh para hakim dan pegawai kehakiman," katanya di majlis angkat sumpah pelantikan pesuruhjaya kehakiman mahkamah tinggi di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.

Menurutnya lagi, dua hari lalu, beliau ada meneliti 'ageing list' bagi mahkamah di seluruh negara dan mendapati masih ada saki baki kes lama yang masih belum diputuskan.

Ekoran itu, beliau menggesa semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara memberi kerjasama kepada mahkamah dengan memberikan keutamaan kepada kes-kes itu bagi pelupusan yang segera.

"Saya tidak mahu melihat perkara ini berterusan dengan lebih lama. Tindakan segera perlulah diambil oleh semua pihak," katanya.

Ariffin juga berpendapat mahkamah harus kembali ke zaman di mana perbicaraan di Mahkamah Tinggi dijalankan dengan bantuan pihak juri bagi mengelak tempoh penangguhan kes menjadi panjang.

Nasihat beliau kepada pesuruhjaya kehakiman yang baru dilantik, Arifin menyeru supaya bekerja lebih keras dan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penih kejujuran dan dedikasi"

No comments:

Post a Comment