Wednesday, November 28, 2012

Deepak dakwa bayar keluarga Najib bagi urusan tanah

EKSKLUSIF Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.
Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

NONEIni bermula, jelas Deepak, dengan satu perjanjian penswastaan pada
tahun 2005 di mana syarikat itu telah ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta itu, yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.

Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.

Perjanjian itu, katanya, akan memerlukan beliau mendapatkan bon tanah RM72.5 juta dan ditambah RM23 juta dalam bayaran tunai kepada syarikat tersebut.

Sebagai balasan, kata Deepak, syarikat ahli politik tersebut akan memberinya pemilikan hartanah berkenaan, yang merupakan sekeping tanah prima bersebelahan dengan bandar Alam Setia yang kini pesat berkembang.

najib abdul razak in perth chogm 1Nama ahli politik dan syarikat terlibat dirahsiakan sementara
menunggu jawapan mereka kepada permintaan Malaysiakini bagi mendapat komen.

"Beliau gagal untuk mendapatkan kerajaan bersetuju bon tanah dikeluarkan kepada pihak ketiga kerana di bawah penswastaan, syarikat yang mendapat (projek) penswastaan, tanah mesti kekal di bawah nama mereka.

"Jadi, saya menganjurkan satu mesyuarat untuk beliau bertemu (Najib), yang pada masa itu adalah menteri pertahanan kita, untuk membenarkan tanah ini dipindahkan kepada syarikat pihak ketiga," katanya.

Deepak berkata pemindahan itu dapat dilakukan selepas beliau "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib.

Selepas membuat pelbagai pendedahan tentang hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya.

Beliau mendakwa, lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri wawancara bersama beberapa media khasnya Harakahdaily berhubung kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Pagi ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala," katanya.

Deepak yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya di samping beberapa pihak lain.

No comments:

Post a Comment