Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi
berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang
melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak
negara itu.
Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan
kontrak
RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum
Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi
SapuraKencana.
Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama
ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada
penuh menyindir, Dr Mahathir berkata:
"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
"Saya
mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan
kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama
ini.
"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.
"Tetapi
apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri
lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."
SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa
saham
pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied
Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan
dalam laut selama tiga setengah tahun.
Satu lagi pemakluman yang
difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat
milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta
daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di
medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai
Kota Bharu.
Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti
minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang
menunjukkan lokasi medan gas, 'screenshot' lamanweb menunjukkan Mokhzani
sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan
berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta.
No comments:
Post a Comment