Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam
tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik
pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.
Dalam satu wawancara dengan Harakah,
seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian
demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi
menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.
"Tetapi
satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi
perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.
"Salah
seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan
siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang
mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.
Pada
masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya
dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad
Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum
2008.
SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008,
mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan
wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.
Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.
"Jadi
objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala
ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah
seterusnya.
"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.
Deepak
mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana
menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.
Deepak
mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali
Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.
Susulan
itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di
Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan
bekerjasama.
"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia
telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar
mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam)
setuju, untuk batalkan SD dia.
"Saya telefon Bala... Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.
Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.
Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.
Dakwanya
lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu
kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk
mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di
Kuala Lumpur.
Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.
Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.
Deepak
mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil
seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.
Deepak
mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi
integriti insitusi tersebut.
"Saya yakin dalam SPRM mesti ada
orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang
suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.
VIDEO l 14.39 mins
No comments:
Post a Comment