Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 18 Dis: Setiap saman Sistem Penguatkuasaan Automatik
(AES) bermakna satu undi untuk Pakatan Rakyat, kata Koordinator Bersama
Kempen Bantah AES, Saifullah Zulkifli.
“300,000 saman yang dikeluarkan, bermakna 300,000 undi untuk Pakatan
Rakyat. Sebab itu hanya 10,000 saman dibayar, tak sampai 10 peratus dari
keseluruhan jumlah saman. Ini sebenarnya protes senyap.
“Mereka
yang disaman mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Tak lagi seperti
dulu, berpusu-pusu membayar saman. Rakyat sudah celik, tidak lagi tunduk
kepada undang-undang zalim,” kata Saifullah kepada Keadilan Daily.
Katanya, penguatkuasaan sistem AES tidak pernah dirunding atau melibatkan rakyat.
Malah, rakyat juga masih belum jelas bagaimana cara untuk turut sama terlibat dalam pewartaan undang-undang.
“Ada yang mahu bawa kes ke mahkamah dan mahu pertikai saman. Apa yang
perlu dilakukan ialah sokongan dari kerajaan Pakatan Rakyat. Contohnya
seperti Selangor yang mahu membantu dari sudut nasihat guaman dan
undang-undang,” kata Saifullah yang juga Pengarah Biro Mahasiswa
Angkatan Muda KEADILAN.
Exco yang bertanggungjawab ke atas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor, Ronnie Liu dalam temubual dengan radiobangsarutama.com pada
7 Disember lalu berkata, pengguna jalan raya yang disaman boleh membawa
slip saman kepada Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan nasihat
undang-undang.
Menurutnya, mereka juga boleh membawa aduan tersebut ke pejabat Exco
PBT di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi tujuan sama.
“Ada
banyak pertikaian melibatkan AES. Saya sendiri menerima saman 10
Oktober lalu. Bila disemak tarikh dan masa, bukan saya yang memandu
kereta tersebut. Pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan pula
dilibatkan. Ini tidak adil,” tegas Saifullah.
“Begitu juga kamera AES yang dipasang dekat lebuh raya MRR2
(Lingkaran Tengah 2) dan Sungai Besi. Had kelajuan maksimum 50 kilometer
sejam tak masuk akal.
“Sudahlah prosedur pemasangan salah. Undang-undang dikuatkuasa tanpa
hitam-putih. Justeru, kami sokong usaha kerajaan Selangor yang mahu
membantu dari sudut undang-undang dan menekan kerajaan secara politik.
“Selagi kamera AES masih ada dan pengguna jalan raya disaman, setiap undi akan pergi kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
No comments:
Post a Comment