KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), akan
mengadakan perhimpunan aman pada 28 Disember ini bagi menyatakan protes
kepada Felda.
Menggalakkan
peserta memakai pakaian oren, Pengerusinya, Mazlan Aliman memberitahu,
keputusan itu dipersetujui Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 9 Disember
lalu.
“Kita akan berarak dari masjid berdekatan Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) ke ibu pejabat Felda Jalan Semarak selepas solat Jumaat
untuk menyatakan empat tuntutan dan menyerahkan memorandum kepada
pengurusan Felda,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS.
Mazlan berkata, antara tuntutan ialah mendesak kerajaan memecat
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, menghentikan urus niaga dengan
Israel dan menghentikan campur tangan politik dalam KPF dan Felda.
“Kita mahu tanah Felda Plantation dikembalikan kepada rakyat yang
dipajaknya selama 99 tahun yang merupakan hak generasi anak-anak
peneroka,” katanya.
No comments:
Post a Comment