Friday, December 21, 2012

Konvoi Himpunan Hijau KL – Kuantan 31 Disember

Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Satu konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan diadakan pada 31 Disember 2012, kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Beliau berkata, konvoi ‘Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan’ bermula jam 8 pagi di Markas Pas Taman Melewar, Gombak. 


“Konvoi akan menjejak kembali laluan Langkah Hijau. Jika kita bermula dengan 10 kereta
 di Kuala Lumpur, kita jangka ribuan kenderaan akan bersama kita di Kuantan.
“Lynas dan rejim yang korup tak pedulikan bantahan rakyat. 

Rakyat marah dan keliru dengan kenyataan tak bertanggungjawab dan mengelirukan,” katanya.
Wong Tack  berkata, konvoi itu adalah tindakan pertama ‘blockade’ (pengingkaran) dalam tempoh 100 hari dengan sebuah ‘kem’ akan ditempatkan di Balok, Kuantan.

“Kem dalam mood bersedia. Ada banyak program akan dibuat. Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa.

“Dalam 100 hari, rakyat akan lakukan pelbagai cara untuk menghalang Lynas dan rejim yang korup dari kembali ke Putrajaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment