Perdana Menteri yang juga Presiden Umno,
Datuk Seri Najib Abdul Razak menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad
semasa perhimpunan agung Umno kerana beliau "tidak mempunyai pengaruh"
untuk menguatkuasakan pandangannya sendiri, dakwa Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, bekas perdana menteri Dr Mahathir (kiri dalam gambar) "masih memanggil pemimpin parti dan memberi mereka arahan".
"Saya
tidak fikir dia (Najib, kanan dalam foto) mempunyai keberanian untuk
menangani keadaan, jadi dia akan perlu ambil hati (Dr Mahathir),"
katanya.
"Dia tidak mempunyai pengaruh untuk menguatkuasakan dasar
atau pandangannya sendiri," katanya Anwar dalam sidang akhbar di
ibupejabat PKR hari ini.
Najib, dalam ucapan penggulungannya di
perhimpunan agung Umno Sabtu lepas, mengisytiharkan bahawa Dr Mahathir
bersedia menyokong calon pilihan raya pilihannya walaupun jika dia
(Mahathir) tidak sukakan mereka.
Najib juga memberitahu
perwakilan bahawa Dr Mahathir secara sukarela bertemu dengan pemimpin
akar umbi Umno untuk meraih sokongan untuk parti itu menjelang pilihan
raya umum akan datang, walaupun tanpa diminta untuk berbuat demikian.
Anwar menambah: "Kita tahu hakikatnya bahawa Dr Mahathir
secara sendiri telah memanggil pemimpin Umno dan pemimpin negeri.
"(Beliau
telah) merayu sokongan mereka dan malah memberi mereka cadangan - jika
mereka tidak puas hati ... menang pilihan raya dahulu dan jatuhkan
pemimpin selepas pilihan raya."
Beliau mendakwa hampir semua
pemimpin Umno negeri telah dimaklumkan mengenainya dan ketua pembangkang
itu mengkritik Najib kerana didakwanya tidak mampu bertindak tegas.
"Najib
telah memaparkan keberanian yang sangat sedikit sebagai seorang
pemimpin. Dia tidak mampu menangani (dengan tegas) terhadap (ketua
Wanita Umno Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil, yang keluarganya
terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tidak
boleh bayangkan bagaimana dia mampu berurusan dengan Dr Mahathir,"
katanya.
No comments:
Post a Comment