"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada,"
Thursday, December 27, 2012
Rapat kemuncak #KL112 di Kampung Baru
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 – 1 Juta Rakyat.
Siri jelajah yang merangkumi 12 venue di seluruh negara yang mengandungi pelbagai program menumpukan mobilisasi anak muda untuk merealisasikan 1 juta rakyat turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang jatuh pada tanggal 12 Januari 2013 bertempat di Kuala Lumpur.
Himpunan 12 Januari 2013 atau #KL112 akan mencipta sejarah himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim pemerintah. Maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan manifestasi berbentuk kemarahan secara aman.
Bagi tujuan melancar mobilisasi yang ampuh, satu rapat Kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menimbulkan mood ‘pesta tuntutan rakyat’ dan memberikan pengarahan terakhir agar himpunan majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan.
Dengan ini diumumkan ;
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
Jumaat 11 Januari 2013
8.40 malam (acara bermula 5 petang)
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Selaku penganjur SAMM dan SMM sudah mendapat persetujuan jawatankuasa induk Hari Kebangkitan Rakyat yang akan turut menjadi penganjur bersama.
Selain persembahan dan penampilan ramai pimpinan pemuda, artis muda akan muncul juga pimpinan utama PR seperti Anwar Ibrahim, Tuan Haji Mohamad Sabu turut akan dijemput TG Haji Abdul Hadi Awang TG Nik Abdul Aziz, Lim Guan Eng dan lain-lain pimpinan.
Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada program kuliah di sebelah petang.
Selain itu program akan bermula sejak petang akan menampilkan wakil mastarakat tertindas yang muncul menyuarakan masalah mereka terdiri dari suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi.
Ini akan menjadikan rapat lemuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.
Rapat mengira detik juga akan menjadi lapangan sambutan bagi peserta himpunan yang datang jauh dari luar Kuala Lumpur. Mereka dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.
Sekian,
Adam Adli
Pengarah Bersama Jelajah Mobilisasi Ke Arah 1 Juta #KL112
Yasir Sheikh Abd Rahman
Pengarah Bersama Jelajah Mobilisasi ke Arah 1 juta #KL112
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment