Gabungan reformasi pilihan raya, BERSIH,
mengancam untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran jika Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) meneruskan persempadanan semula tanpa pembersihan
daftar pemilih terlebih dahulu.
"... apa yang saya boleh beritahu
ialah kami akan melakukan yang terbaik supaya (persempadanan semula)
tidak berlaku sebelum daftar pemilih dibersihkan.
"Ia adalah
serius, iaitu mesej yang ingin saya sampaikan," kata Pengerusi Bersama
BERSIH, Datuk S Ambiga kepada wartawan selepas forum pembaharuan
pilihan raya di ibupejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini.
Ambiga masih berharap SPR tidak akan meneruskan persempadanan semula sehinggalah integriti daftar pemilih terjamin.
"Ianya
mudah, apa yang mereka perlu lakukan adalah mengatakan bahawa kita akan
berhenti dan bersihkan daftar pemilih terlebih dahulu," katanya.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses persempadanan semula akan bermula pada akhir tahun ini.
No comments:
Post a Comment