Novel, filem dan drama
kadang-kala mempengaruhi minda sesetengah pihak sehingga mereka
tenggelam dalam khayalan dunia seperti itu. Memang benar, membaca novel,
menonton filem ataupun karya seni lain yang menceritakan watak-watak
khayalan yang diwujudkan merupakan satu hiburan dan ruang untuk kita
menjenguk sisi pandang pengkarya tentang watak dan babak yang diwujudkan
itu. Ia membantu percambahan minda, tambahan maklumat dan kadang-kala
ia boleh melebarkan diskusi pemikiran.
Namun,
pada pandangan saya, kesungguhan untuk memberikan penilaian terhadap
rumusan keseluruhan kehidupan bagi sesebuah watak yang diwujudkan dalam
novel, cerpen, drama, filem ataupun sebagainya bukanlah satu kerja yang
begitu bermanfaat. Ini kerana kisah kehidupan yang diwujudkan dalam
karya bikinan manusia itu tidak realiti dan hanya andaian semata. Jalan
kisah bagi watak-watak itu ditulis oleh manusia. Sedangkan, kehidupan
yang hakiki ditulis oleh Tuhan.
Khayalan dan realiti
Para pengkarya menulis cerita berdasarkan khayalan dan kehendak yang
ada dalam diri mereka. Khayalan ini dipengaruhi oleh faktor dalaman
jiwa, kepentingan diri dan tuntutan persekitaran. Episod dan babak
kehidupan yang direka itu, ditafsirkan pula dari sudut pandang seseorang
pengkarya yang mempunyai latar diri dan kepentingan yang tersendiri.
Sementara kehidupan yang hakiki, jalan kisahnya ditulis oleh Tuhan yang
tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan keperluan, sebaliknya Dia Maha
Kaya dan Maha Perkasa.
Walaupun Allah SWT
memberikan ruang kebebasan kepada manusia untuk memilih antara yang baik
dan yang buruk, sehingga ada pihak yang mungkin dizalimi dalam
kehidupan dunia atas pemilihan buruk dibuat oleh sebahagian manusia,
namun Allah SWT menentukan pelbagai keadaan dalam memberikan keadilan
dan menzahirkan hikmah dalam perjalanan hidup seseorang. Campur tangan
Tuhan dalam plot-plot kehidupan ini sangat ajaib dan halus.
Kisah kehidupan sebenar, jika diteliti tiada yang boleh dikatakan
berlaku secara kebetulan, tetapi ia bagaikan plot-plot yang jika dilihat
dari awal sehingga akhir, yang zahir dan tersembunyi, yang tersirat dan
yang tersurat akan terbongkar rahsianya yang dapat diketahui oleh diri
yang melaluinya.
Kisah dan watak sebenar yang diceritakan kepada kita
dalam banyak keadaan hanya zahir berita yang diriwayatkan. Hakikat
dalaman diri seseorang sehingga babak, episod dan jalan cerita yang
seperti itu boleh berlaku, hanya Tuhan yang Maha Tahu dan diri berkenaan
juga mungkin tahu.
Dalam banyak kisah kita hanya mengetahui zahirnya
sahaja, sedangkan batin kisah tersebut yang membabitkan rahsia
seseorang, niatnya, episod dan babak yang disembunyikan, banyak yang
kita tidak tahu. Maka kita menilai sesuatu berdasarkan zahir yang kita
tahu, sedangkan Tuhan melihat segalanya zahir dan batin. Apakah sama,
antara karya manusia dan realiti hidup yang ditentukan oleh Tuhan.
Tersurat dan tersirat
Saya selalu mengambil kisah pelacur dan anjing yang disebut dalam hadis Nabi SAW. Nabi SAW bersabda:
"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu." (Riwayat al-Bukhari)
"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu." (Riwayat al-Bukhari)
Mungkin ada yang bertanya bagaimanakah dengan mudah seorang pelacur yang
memberikan minum seekor anjing mendapat keampunan. Apakah ini bererti
setiap pelacur yang memberi minum kepada anjing ataupun yang membelanja
rakan-rakan yang ‘manusia' untuk makan dan minum akan mendapat
keampunan? Kisah ini bukan soal memberikan anjing atau apa-apa haiwan
makan dan minum, tapi apakah yang ada di sebalik perasaannya ketika dia
memberi anjing berkenaan minum.
Juga kehidupan yang pernah dilaluinya
sehingga Tuhan mencampak rahmat ke dalam jantung hatinya untuk melahir
dan menzahirkan simpati terhadap anjing berkenaan. Demikian, sudah pasti
ada episod yang dilalui pelacur yang menyebabkan Tuhan memilihnya untuk
memberikan hidayah dan peristiwa memberi minum anjing itu dijadikan
titik tolak keampunan untuknya. Banyak yang tersirat di sebalik yang
tersurat.
Jangan pula kita hairan, jika wanita
di medan pelacuran mendapat keampunan sedangkan ada mujahid di medan
jihad yang mendapat kemurkaan Tuhan.
Kata Abu Hurairah RA:
"Kami menyertai Rasulullah SAW dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, dia dalam kalangan ahli neraka.
"Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah SAW: Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati.
"Jawab baginda: Ke neraka. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri.
"Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah SAW, lantas baginda bersabda: Allahu Akbar! Aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasul-Nya!
"Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengisytiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan jiwa yang Muslim dan Allah mungkin menguatkan agama-Nya dengan lelaki yang jahat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kata Abu Hurairah RA:
"Kami menyertai Rasulullah SAW dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, dia dalam kalangan ahli neraka.
"Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah SAW: Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati.
"Jawab baginda: Ke neraka. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri.
"Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah SAW, lantas baginda bersabda: Allahu Akbar! Aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasul-Nya!
"Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengisytiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan jiwa yang Muslim dan Allah mungkin menguatkan agama-Nya dengan lelaki yang jahat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ini semua berlaku kerana Tuhan sahaja yang mengetahui hakikat yang
tersimpan dalam kehidupan seseorang. Ini merentasi andaian setiap kita
yang kebanyakannya hanya mampu menilai pada zahir semata. Sekali lagi,
banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Zahir dan batin
Tuhan pula dalam melimpahkan kebahagiaan untuk seseorang itu menerusi
pelbagai warna, cara dan rasa. Ia kadang kala merentasi khayalan dan
andaian manusia. Betapa ramai yang kita pandang zahirnya derita,
batinnya mungkin jauh lebih bahagia dari apa yang kita rasa. Betapa
ramai yang dilihat sedang bermandian dengan nikmat dan kebahagiaan,
tetapi hakikat Tuhan sedang mencampakkan dalam jiwa keresahan dan derita
jiwa yang tidak dapat dihuraikan dan ungkapkan dengan lidah untuk
diadukan kepada sesiapa. Kehidupan ini sungguh ajaib dan luar biasa.
Tuhan menulis kehidupan yang hakiki, ia merentasi khayalan seorang
penulis. Diari kehidupan seseorang yang berjalan dalam alam realiti
bersama dengan segala asam garam kehidupan, yang tersurat dan tersirat
dan yang zahir dan batin yang ditentukan oleh Tuhan itu, tentu tidak
dapat digarap oleh khayalan seorang insan.
Rumusan sebuah kehidupan
Walaupun novel mempunyai peranannya yang tersendiri, setiap babak yang
dikhayalkan itu juga mungkin kiasan realiti kehidupan yang benar-benar
wujud, namun cantuman plot dan babak yang dirangkumkan sehingga menjadi
riwayat hidup sesuatu watak ia tetap suatu khayalan semata. Dalam bahasa
yang agak kasar, penulis seakan menjadi Tuhan kepada watak-watak rekaan
mereka dalam menentukan perjalanan dan takdir hidup yang penulis
mahukan. Jika kita andaikan watak itu benar-benar wujud dalam alam
realiti, apakah demikian jalan cerita dan gabungan plot yang Tuhan akan
tentukan?
Oleh kerana itu, kesimpulan novel banyak
dipengaruhi oleh mazhab dan pemikiran seorang pengkarya. Mungkin yang
salah itu akan zahir sebagai yang benar dan direlai Tuhan atas kehendak
penulis. Mungkin watak yang benar pada alam realiti, akan zahir sebagai
yang salah dan tidak mendapat rahmat Tuhan ataupun kurniaan kehidupan
kerana watak itu bertentangan dengan mazhab ataupun pegangan pengkarya.
No comments:
Post a Comment