Pasukan pemerhati antarabangsa di Malaysia
akan menjalan misi mencari fakta berhubung keadaan kebebasan bersuara
dan berhimpun secara aman semasa pilihan raya umum baru-baru ini.
Kumpulan
tiga anggota, anjuran Forum Asia untuk Pembangunan dan Hak Asasi
(Forum-Asia), tiba di Kuala Lumpur pada Ahad dan akan tinggal di ibu
kota selama lima hari.
Laporan pasukan itu akan dibentangkan
kepada Maina Kiai, pelapor khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
berhubung hak kebebasan berhimpun dan berpersatuan.
Kiai dijangka membangkitkan keadaan Malaysia itu kepada Majlis Hak Asasi dan persidangan agung PBB pada Oktober.
"Terdapat
banyak kumpulan melihat isu penyelewengan pilihan raya, tetapi kami
fokus kepada dua isu khas (kebebasan bersuara dan berhimpun secara
aman), kami akan melihat penyelewengan sebelum, semasa dan selepas
pilihan raya umum ke-13," kata Joses Kuan, antara pasukan Forum-Asia,
dalam wawancara semalam.
Forum-Asia, yang mewakili 47 organisasi
daripada 16 negara baru-baru ini menjalankan misi yang sama di
Bangladesh, Myanmar dan Maldives.
Dalam masa terdekat mereka juga akan menjalankan misi di Kemboja dan Pakistan.
No comments:
Post a Comment