Penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan menggesa diadakan satu
lagi tunjuk perasaan pada Jumaat dan mahu rakyat Mesir berdoa supaya
tiada lagi pertembungan seperti minggu lalu yang mengorbankan 90 nyawa.
Pergerakan Ikhwanul Muslimin menuntut supaya Mursi sebagai pemimpin pertama yang dipilih secara demokrasi di republik itu dikembalikan ke tampuk kuasa, lapor Reuters.
Maklumat rasmi menyebut Mursi ditahan di perkarangan berek tentera elit Pengawal Republik di Kaherah, tempat tentera menembak mati 53 penunjuk perasan pada Isnin, yang tambah membangkitkan kemarahan penyokongnya.
Empat tentera turut terbunuh dan pasukan seragam itu mendakwa ia dimulakan oleh "pengganas".
Penyokong Mursi mendakwa sebaliknya.
Tembakan itu mengejutkan 84 juta rakyat Mesir selepas gambar grafik insiden itu muncul di kaca televisyen dan media sosial.
Ditambah pula ia berlaku tiga hari, selepas 35 terbunuh dalam pertembungan antara kumpulan pro dan anti-Mursi dalam demonstrasi di seluruh negara.
"Ia masa yang sungguh sukar kepada rakyat Mesir, untuk melihat sedutan filem berdarah dan keganasan semasa bulan mulia Ramadan, dan semua yang berbual dengan sama bercakap perkara yang sama," kata Fateh Ali, 54, seorang penjawat awam di Kaherah.

No comments:
Post a Comment