Revolusi masih lagi berjalan di Mesir. Anak
muda masih lagi turun ke jalan raya. Dataran Tahrir masih lagi dipenuhi
oleh ribuan anak muda. Morsi telah disingkir oleh tentera. Penyokong
Morsi telah keluar ke jalan raya. Lebih dari 90 warga Mesir telah pun
gugur tewas. Revolusi belum mencapai tujuan.
Dalam suasana inilah saya menerima banyak pesanan ringkas, saya menerima e-mel, menerima desakan untuk menerangkan dan membuka wacana pencerahan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di Mesir pada ketika ini.
Untuk pencerahan bersama: pertamanya, kita semua wajib menolak campur tangan tentera yang telah menyingkirkan presiden Morsi. Rakyat dunia dan warga demokratik tidak akan menerima tindakan tentera yang bercanggah dengan garis dan cita-cita demokrasi. Rampasan kuasa tentera atas apa sahaja tujuan wajib ditolak dan dilawan.
Untuk memahami apa yang berlaku sekarang kita wajib memahami apa yang berlaku dua tahun dahulu. Amat jelas bahawa Revolusi Mesir pertama dua tahun dahulu telah dibajak. Ada pembajakan yang dilakukan dengan jelas. Dan ada pembajakan yang kabur dan mungkin tidak terlihat di mata kasar.
Revolusi pertama memperlihatkan gerakan spontan anak-anak muda yang bangun menentang 30 tahun rejim zalim Husni Mubarak. Revolusi Pertama ini memiliki sejarahnya sendiri. Revolusi ini adalah hasil rentetan dari babak babak sejarah penindasan dan pengumpulan 30 tahun kemarahan rakyat.
Revolusi pertama ini muncul setelah 30 tahun warga Mesir diinjak-injak oleh rejim Mubarak yang disokong oleh imperialis Anglo-Amerika dan Zionis Israel. Rejim Mubarak naik tahha pada tahun 1975 setelah presiden Anwar Sadat mati dibunuh. Sadat dibunuh kerana belot. Sadat membuat perjanjian damai Camp David dengan Zionis Israel.
Perjanjian Camp David ini dilihat sebagai pembelotan yang menusuk ke jantung hati warga Mesir dan bangsa Arab. Mesir negara terbesar Arab telah dimandulkan melalui Camp David. Beberapa tahun sesudah Camp David satu demi satu gerakan pembebasan Palestin membelot sama. Pertama belot ialah Al-Fatah dibawah pimpinan Arafat yang meninggalkan 'garis berjuang angkat senjata' mereka. Sesudah Perjanjian Camp David kelihatan pembelotan dan bekerjasama dengan Zionis Israel dilakukan secara terbuka tanpa segan silu.
Pada tahun 2005 Hosni Mubarak dengan licik telah menipu pilihan raya Presiden. Mubarak dengan licik telah menggunakan SPR Mesir untuk memastikan pilihan raya akan dimenangi oleh partinya - National Demokratik Party. Sama seperti SPR di Malaysia, SPR Mesir juga merancang dan menggunakan pelbagai taktik untuk memastikan National Demokratik Party menang. Ancaman digunakan. Duit dan dinar telah membeli sokongan. Ramai politikus yang dibeli. Paling menonjol ialah memasukkan kertas undi ke dalam peti undi. Penipuan pilihan raya ini telah mendapat bantahan tetapi tentera telah mematahkan segala bentuk bantahan.
Tetapi, pada 2011 semuanya berubah. Anak muda Mesir - malah anak muda seluruh dunia - telah melihat kejayaan anak-anak muda Tunisia menjatuhkan Presiden Zainalabidin Ben Ali. Anak-anak muda Tunisia telah menggunakan jalan raya sebagai wadah politik. Politik jalan raya telah berjaya menumbangkan rejim yang zalim. Politik jalan raya ini telah disambut dan diambil oleh anak-anak muda Mesir. Mereka juga meraih kejayaan melalui jalan raya.
Tetapi jelas revolusi pertama ini telah dibajak. Untuk memahami pembajakan mari kita melihat apa yang telah berlaku.
Parti Ikhwanul Muslimin adalah parti politik yang besar di Mesir. Ketika anak muda turun di jalan raya, parti ini mengambil garis untuk TIDAK bersama anak anak muda. Sebagai contoh, mari kita ingati kembali tarikh 18 Disember 2011 di mana dunia terperanjat melihat imej seorang anak gadis yang sedang dibelasah oleh tentera Mubarak. Anak gadis ini dipukul dan diheret di atas jalan raya sehingga dunia melihat melihat perut dan colinya berwarna biru.
Dunia gempar dan marah atas keganasan soldadu Mesir ini. Tetapi Ihkwanul Muslimin TIDAK mengeluarkan apa-apa kenyataan. Tidak mengutuk dan tidak bersuara. Ikhwan buat dek. Ini kerana parti ini tidak mahu dilihat ‘bertelagah atau berkonfrontasi' dengan tentera. Ini juga dilakukan kerana parti ini tidak begitu yakin akan gerakan jalan raya anak muda. Maka parti ini mengambil sikap tunggu dan lihat, sebelum turun ke jalan raya.
Dua minggu sebelum Mubarak dijatuhkan anak-anak muda telah merancang gerakan jalan raya yang paling besar. Ketika ini parti Ikhwanul Muslimin juga tidak memberi arahan secara rasmi agar ahli-ahlinya turun, walaupun dalam satu juta yang berhimpun di Dataran Tahrir pasti ada puluhan ribu ahli parti abang Muslim ini.
Sesudah Mubarak tumbang maka parti Ikhwan masuk secara sedar ke dalam kancah politik Mesir. Parti ini telah mencalonkan Morsi walau pun pada awalnya ada beberapa nama yang telah muncul. Anak-anak muda ketika itu memberi sokongan yang penuh kepada pemilihan presiden malah rakyat Mesir bergembira dengan jatuhnya Mubarak.
Pilihan raya presiden telah diadakan pada 16/17 Jun 2012. Muhamad Morsi dari Freedom and Justice Party telah menang tipis mengalahkan Ahamed Shafik. Morsi hanya mendapat 51.7 peratus dari jumlah undi manakala Shafik mendapat 48.3 peratus. Seawal ini telah jelas dapat dilihat bahawa setengah dari warga Mesir TIDAK bersama Morsi.
Walau apa pun peratusnya, Morsi secara sah dipilih oleh warga Mesir untuk dinobatkan sebagai presiden. Ini hakikat. Morsi adalah Presiden yang sahih. Sesudah Morsi dinobatkan sebagai presiden, jelas politik Mesir telah diletakkan di landasan demokratik. Pemilihan Morsi adalah pemilihan yang demokratik. Ini satu kejayaan revolusi pertama.
Harus diakui bahawa apparatchik , elit politik dan elit ekonomi dari rejim lama masih berselirat. Masih kukuh di tangga kuasa. Harus diakui bahawa selama 30 tahun Mubarak berkuasa tentera, Mesir telah menjadi satu kumpulan yang tersusun dan memiliki kepentingan ekonomi. Tentera di Mesir telah dirasuah untuk mendapatkan kesetiaan dan sokongan mereka. Tentera Mesir, bukan seperti tentera lain dalam dunia ini. Tentera Mesir telah mencampuri dunia perniagaan.
Hampir 30 peratus ekonomi Mesir dimiliki oleh tentera. Tentera Mesir memiliki syarikat pemaju, memiliki 16 buah kilang yang besar. Kilang ini bukan hanya membuat senjata, ia juga membuat mesin basuh, kain baju dan barangan rumah. Tentera juga menjadi pemaju utama, contohnya Bandar Nasr itu didirikan oleh syarikat tentera. Tentera juga membina lebuh raya, hotel, jambatan, sekolah dan, dan, dan....
Justeru, kita wajib memahami bahawa tentera Mesir ini bukan seperti tentera profesional lagi. Tentera Mesir telah menjadi satu kumpulan bersenjata yang bukan hanya memiliki kepentingan ekonomi malah mereka sendiri menjalankan aktiviti ekonomi.
Bayangkan sebuah hotel yang dibangunkan oleh tentera di tepi Laut Tengah. Para buruhnya bukan diambil dari luar tetapi para soldadu itulah yang mengetuk dan dan menukul membina bangunan. Para soldadu ini dibayar dengan duit gaji tentera. Byangkan mana mungkin syarikat pembinaan bersaing dengan syarikat tentera.
Apa yang saya ingin paparkan, elit tentera Mesir adalah juga elit politik dan elit ekonomi. Kita akan gagal memahami politik Mesir jika kita tidak mengambil kira dan memahami hakikat bahawa tentera Mesir itu sendiri bergerak sebagai satu parti politik yang tersusun. Tentera di Mesir bukan hanya jentera daulah tetapi telah menjadi daulah. Ini hakikat.
Kedatangan Morsi sebagai presiden Mesir pada awalnya melahirkan "hu ha hu ha" yang hebat. Tetapi Morsi tidak dapat memecahkan tembok-tembok elit yang berkepentingan. Dalam masa yang sama elit politik, elit ekonomi, dan elit tentera terus bekerja rapat dengan kuasa imperial Anglo-Amerika. Morsi juga dilihat mengikut rentak yang sama untuk memastikan kuasanya berterusan.
Dalam strategi kuasa imperial, Mesir adalah negara Arab terbesar dan terpenting. Jika Mesir berjaya dimandulkan maka keseluruhan bumi Arab akan mandul sama. Kuasa imperialis sedar bagaimana mereka telah ditentang hebat di seluruh bumi Arab, oleh garis nasionalisme presiden Nasser. Dalam negara, Nasser telah membawa arus ekonomi progresif hinggakan berjaya memiliknegarakan terusan Suez.
Di luar pula Naseer bersama Soekarno, Tito dan Chau En Lai telah melahirkan blok Negara Berkecuali. Gerakan antiimperialis ini telah memberi dorongan kepada banyak negara tanah jajahan untuk bangun melawan menuntut kemerdekaan termasuk Tanah Melayu.
Kesilapan awal yang dilakukan oleh Morsi ialah gagal menjadi presiden Mesir. Morsi menjadikan dirinya bukan presiden Mesir tetapi presiden Ikhwanul Muslimin. Morsi tidak menjalankan dasar keterbukaan untuk mengakui bahawa bukan semua warga Mesir bersetuju dengan dasar Ikhwan. Morsi gagal untuk memahami apa makna 48.3 peratus yang tidak bersama.
Untuk memahami apa yang saya maksudkan ‘bukan presiden Mesir' samalah seperti apabila Hadi Awang menjadi menteri besar Terangganu atau Azizan menjadi menteri besar Kedah, atau Lim Guan Eng menjadi ketua menteri Pulau Pinang atau Khalid menjadi MB Selangor - mereka wajib TIDAK dilihat sebagai MB parti mereka sahaja. Mereka seharusnya dirayakan untuk menjadi MB atau ketua menteri untuk seluruh warga - yang menyokong dan yang tidak menyokong.
Morsi tidak dilihat sebagai presiden Mesir. Semakin dikritik semakin membebal. Sama seperti apa yang telah berlaku di Kedah bawah Azizan. Ketidakpuasan orang ramai makin terkumpul. Anak-anak muda dari Dataran Tahrir semakin tidak puas hati
Paling memeranjatkan dunia, pada 14 Jun yang lalu Morsi memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria. Morsi meminta agar negara imperialis dan Nato membuat sekatan udara ke atas Syria.
Dalam masa yang sama Morsi tidak pula mengusik Perjanjian Camp David. Morsi tidak pula memutuskan hubungan diplomatik dengan Zionis Israel. Dasar ini bukan hanya memeranjatkan dunia malah anak-anak muda Mesir melihat bahawa revolusi pertama mereka telah dibajak. Lalu mereka menubuhkan gerakan anak muda yang dipanggil Tamarrod.

No comments:
Post a Comment