Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi menyeru agar MP Pakatan Rakyat menyokong usaha menggantikan
Ordinan Darurat dengan undang-undang baru untuk mengelakkan lebih ramai
individu menjadi mangsa penjenayah.
Usaha itu juga untuk
mengelakkan para MP berkenaan turut menjadi mangsa penjenayah terbabit,
katanya ketika menjawab satu soalan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
“Jangan sampai penjenayah yang buta warna (politik) ini pergi rumah Shah Alam (Khalid Samad) dan Gombak (Azmin Ali),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas “realiti” mengenai kejadian jenayah pada waktu ini, yang dibangkitkan Azmin.
Azmin
ketika mengemukakan soalan sebelum itu turut membangkitkan mengenai kes
rompakan melibatkan kediaman seorang menteri kabinet, Khairy
Jamaluddin, pada akhir bulan lalu.
Kejadian itu menyebabkan
Khairy tampil dengan kenyataan bahawa kejadian jenayah bukan satu
persepsi tapi satu masalah yang nyata.
Mengulas isu yang
dibangkitkan Azmin itu, Ahmad Zahid berkata atas alasan itulah beliau
meminta semua ahli Dewan menyokong usaha kerajaan untuk menggantikan
Ordinan Darurat dengan akta baru.
"EO telah dibatalkan tapi kita
mahu EO diganti dengan akta lain. Kita minta persetujuan semua sebab
dari segi penangkapan yang berlaku sekarang ini, penjenayah yang
ditangkap ialah bekas penjenayah yang dilepaskan oleh EO. Ini realiti,"
kata Zahid.
Khalid Samad pula, yang disebut oleh Zahid dalam
ucapan berkenaan turut bangun dan mendakwa kata-kata itu merupakan satu
ugutan kepada para MP Pakatan.
Zahid Hamid pada 4 Julai lalu menyatakan bahawa kementeriannya sedang merangka draf undang-undang baru bagi menggantikan EO.
Beliau
berkata demikian bagi menyokong kenyataan pasukan polis sebelum itu,
yang mengaitkan peningkatan kadar jenayah berat dengan pembebasan lebih
2,600 tahanan bawah EO selepas undang-undang tersebut dimansuhkan pada
2011.
Bagaimanapun, cadangan untuk meuwujdkan akta baru bagi
menggantikan EO mendapat tentangan antaranya dari Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia serta parti pembangkang.
p/s:PENJENAYAH AKAN SAMPAI KERUMAH MP UMNO/BN JE SEBAB MEREKA INI BANYAK
DUIT SIMPAN DALAM RUMAH ISTERI PULA PAKAI INTAN BERLIAN....MP PAKATAN
APA ADA....
No comments:
Post a Comment