Tuesday, March 11, 2014

Dr Wan Azizah: PRK Kajang, referendum rakyat pada ketidakadilan

PRKKajang
 
KAJANG 11 MAC: Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang adalah referendum rakyat kepada ketidakadilan kehakiman dan undang-undang yang berlaku di negara ini, kata calon KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah.
 
“Ini (PRK) menjadi referendum kepada ketidakadilan yang berlaku, yalah, memang keluarga kami terkena, tapi ini satu referendum kepada sistem kehakiman dalam negara kita,” katanya ringkas kepada pemberita selepas penamaan calon.
 
wan-azizahKata Wan Azizah, sokongan padu daripada ribuan rakyat yang turun pada hari penamaan calon adalah simbolik bantahan rakyat terhadap kepincangan sistem kehakiman negara.
 
dr-wan-azizah“Saya rasa sungguh terharu dengan sokongan yang banyak kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
 
“Saya berharap pengundi Kajang menyokong saya dengan memberi mesej kuat (menolak BN) secara menyeluruh,” kata Wan Azizah yang bergegas ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada penasihat DAP Karpal Singh yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur hasutan pada 2009.
 
Dalam pada itu beliau optimis dengan kemenangan, namun mengingatkan penyokong, petugas dan aktivis Pakatan Rakyat berhati-hati dengan permainan tidak sama rata.
 
“Kemenangan yang saya cari. Insya-Allah,” katanya.Dalam pada itu kata Azizah, sidang media bagi membetangkan manifesto beliau akan diadakan esok 12. Mac jam 11 pagi di Bilik Gerakan Utama KEADILAN PRK Kajang.

No comments:

Post a Comment