Monday, March 24, 2014

MH370 bawa platform kayu, bateri 200kg

Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa pesawat MH370 membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.

Ketua pengarah eksekutifnya Datuk Ahmad Jauhari Yahaya bagaimanapun menegaskan bahawa muatan bateri sebanyak 200kg itu dibungkus mengikut piawaian keselematan yang ditetapkan.

Beliau juga tidak mengesahkan sekiranya platform kayu tersebut merupakan objek sama yang ditemui pasukan penyelamat di kawasan operasi di Lautan Hindi.


No comments:

Post a Comment