Wednesday, March 12, 2014

Presiden PKR: Saya tak tagih undi simpati



Calon pilihan raya kecil (PRK) Kajang dari PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mahu diundi kerana 'simpati'.

Sebaliknya beliau mahu penduduk Kajang mengundi beliau kerana merasakan beliau mewakili mereka yang ditindas dan mahu mendapatkan keadilan.

"Saya fikir jika kamu bersimpati pun tidak semestinya kamu mengundi orang itu.

"Tetapi jika kamu fikir yang kamu mahu bersama saya menentang ketidakadilan ini, ya, undilah saya," kata beliau dalam temubual bersama Malaysiakini semalami.

Wan Azizah (atas) memberi respon terhadap sidang media BN sejurus selepas proses penamaan calon DUN N25 Kajang pagi tadi.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mengingatkan pengundi Kajang khususnya anak muda supaya tidak terperangkap dengan usaha Pakatan Rakyat untuk “menagih simpati" dan Wan Azizah hanyalah"boneka" dalam permainan politik tersebut.

Wan Azizah berkata Khairy Jamaluddin sepatutnya menggunakan 'hidup bertuah' beliau untuk membantu orang yang lebih memerlukan.

'Hidup bertuah' Khairy

Menurut beliau rakyat Malaysia bijak menilai tindakan dan tawaran yang diberikan oleh pemimpin dan bukannya terpengaruh dengan tuduhan melulu

"Khairy boleh kata banyak perkara. Ada nilai yang rakyat boleh lihat. Rakyat Malaysia tak bodoh.

"Khairy (kanan) ada hidup yang bertuah sebagai anak seorang diplomat. Saya fikir beliau patut gunakannya dengan lebih baik,"

Menurut Wan Azizah tidak adil jika melihat beliau hanya mewakili suaminya Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim kerana beliau mewakili keluarga yang ditindas oleh sistem keadilan negara ini.

"Sekarang (dia kata) keluarga Anwar tetapi bagaimana dengan keluarga susah lain yang saya wakili.

"Mereka dari golongan elit tidak merasa betapa teruknya perkara boleh terjadi dan pengaruhi mereka....

“Saya fikir dari satu sudut, saya bersyukur saya tahu betapa susahnya apabila Anwar dipecat dan ia buat saya lebih memahami realiti hidup di bawah dan penderitaan orang lain," kata beliau.

No comments:

Post a Comment