Monday, April 7, 2014

PAS Sabah kecam kibar bendera Israel

KOTA KINABALU: PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di sebuah resort di Tuaran sempena acara ‘World Stewardess Contest’.

“Perkara ini  sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum. 

“Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan  bendera negara mereka berkibar megah di sini,” kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Menurutnya, Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia.  

Justeru, ujar beliau pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara itu.  

Beliau berkata, Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera. 

Menurutnya, Malaysia yang mendakwa sebagai sebuah Negara Islam tidak seharusnya membiarkan negara musuh Islam senang-senang masuk dan membiarkan mereka mengadakan atau mengikuti sebarang acara di negeri ini.

“PAS Sabah sekali lagi mengecam tindakan mengibar bendera Israel dan memberi tempoh 24 jam untuk menurunkan bendera tersebut,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment