KAHERAH: “Hamas tidak akan melanjutkan tempoh gencatan senjata selama 72 jam di Gaza yang akan berakhir 8 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini berikutan dakwaan Israel menolak syarat-syarat mencapai perjanjian damai,” kata dua pegawai Hamas.
Pertemuan di antara pegawai Hamas dan pegawai Mesir ytang bertindak sebagai orang tengah gencatan senjata itu berkata, pihaknya hanya mempunyai satu ketetapan manakala Israel tidak mencadangkan apa-apa.
“Israel tidak bersetuju untuk membatalkan sekatan ke atas Gaza yang merupakan syarat utama bagi menamatkan konflik yang bermula sejak empat minggu lalu,” katanya.
Semalam, pemimpin pejuang Hamas, Ismael Radwan mengeluarkan kenyataan bahawa tempoh genjatan senjata di Gaza tidak akan dilanjutkan kecuali jika Israel memenuhi tuntutan Palestin.
“Gencatan senjata tak akan dilanjutkan tanpa adanya kesepakatan.” kata Ismael Radwan.
Gencatan senjata 72 jam yang menjadikan Mesir sebagai ‘orang tengah’ memberikan kelegaan kepada penduduk Gaza setelah hampir sebulan peperangan berlaku antara Israel dan pejuang Hamas.
Peperangan itu mengakibatkan hampir 1,900 rakyat Palestin terkorban, sebahagian besarnya orang awam yang terperangkap dalam pertempuran di kawasan bandar Gaza.
No comments:
Post a Comment