Thursday, August 7, 2014

Tragedi MH17 menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia

misc_0046_300KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein memberitahu media sebentar tadi mengenai fokus dalam mesyurat persediaan pelaksanaan istiadat penerimaan jenazah rakyat Malaysia tragedi MH17 yang berlangsung hari ini.
“Hari ini, kita telah berbincang panjang lebar tentang perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan persiapan kita di pusat-pusat operasi. Ada konsensus sesama kita untuk mempermudahkan hala tuju.
Menurut beliau, tumpuan diberikan kepada tiga lokasi iaitu di Ukraine, Amsterdam dan Malaysia.
“Fokus kepada tiga-tiga lokasi ini bagi mempermudahkan kesemua proses. Dalam masa terdekat ini, fokus di Ukraine adalah mengenal pasti dan membawa keluar jasad-jasad dari kawasan berkenaan.
“ Di Amsterdam pula, fokus kita adalah untuk pastikan proses mengenal pasti jenazah-jenazah yang ada di sana dilakukan secepat mungkin  supaya jenazah dapat dikembalikan kepada negara masing-masing.
“Manakala fokus di Malaysia, pihak TPM telah membentangkan kepada rakan-rakan saya di kabinet mengenai persiapan Malaysia untuk menerima jenazah-jenazah di Kuala Lumpur dan cara bagaimana kita dapat memastikan penghormatan dapat diberikan dengan penglibatan seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama dan latar belakang.
“Ini kerana kita lihat tragedi MH17 merupakan sesuatu yang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
Tambah beliau, bagi persiapan upacara menerima jenazah di Malaysia, mesyuarat telah memutuskan agihan tugas bagi setiap kementerian yang terlibat.
Satu mesyuarat khas yang melibatkan 10 Kementerian di bawah Timbalan Perdana Menteri sendiri akan diadakan pada hari Khamis depan (14 Ogos), jam 2 petang.

No comments:

Post a Comment