Thursday, August 14, 2014

Jika krisis perlembagaan Perak jadi contoh, Khalid bukan lagi MB, kata peguam‎

Pejabat menteri besar Selangor boleh dianggap kosong selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kehilangan majoriti sokongan, kata peguam Perlembagaan. Gambar fail The Malaysian Insider.Pejabat menteri besar Selangor boleh dianggap kosong selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kehilangan majoriti sokongan, kata peguam Perlembagaan. Gambar fail The Malaysian Insider.















Pejabat menteri besar Selangor kini dianggap kosong selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan walaupun kehilangan sokongan majoriti sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kata seorang peguam Perlembagaan.

Memetik prinsip diperkenalkan pada 2010 berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar lawan Zambry, peguam perlembagaan Tommy Thomas berkata, Sultan Selangor sepatutnya kini melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu kerana beliau menerima sokongan 30 Adun daripada 56 ahli DUN.
“Bukti hilang keyakinan tidak terhad kepada usul yang dibawa ke persidangan DUN. Sebaliknya, bukti boleh dikumpul daripada sumber berkaitan,” katanya yang memberi penjelasan berdasarkan kepada keputusan mahkmah pada 2010.
“Kedudukan undang-undang jelas. Tidak kira sama ada Khalid letak jawatan atau tidak, undang-undang anggap beliau sudah mengosongkan kerusi menteri besar,” katanya.
Thomas berkata, Khalid yang bersiap sedia untuk bertempur tidak mampu menahan undang-undang lebih lama berhubung jawatannya sebagai menteri besar.
“Ketika beliau memegang pejabat, beliau mengangkat sumpah untuk memelihara, mempertahan dan melindungi Perlembagaan, dan itu termasuk mematuhi keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata, susulan sidang akhbar tengah hari tadi, apabila 20 Adun mengisytiharkan kepada dunia mereka kurang yakin terhadap Khalid, sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah sebagai penggantinya secara asasnya mengubah kedudukan undang-undang.
“Dari tengah hari tadi, Khalid tidak ada lagi keperluan kesahan perlembagaan untuk kekal di pejabat,” katanya.
Thomas berkata, Khalid perlu diingatkan mengenai undang-undang seperti dinyatakan Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes itu, PR menang 31 kerusi daripada 59 kerusi dalam DUN Perak, dengan Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
Walaupun PAS mempunyai jumlah Adun paling sedikit, PR meminta PAS mencalonkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan diperkenankan almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Pada 2009, 3 ahli PR meletak jawatan daripada parti masing-masing dan beralih arah kepada BN.
Permohonan Nizar kepada Sultan Perak supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan ditolak.
Sebaliknya, Sultan melantik calon BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar baharu.
DUN Selangor mempunyai 56 ahli – DAP (15), PAS (15), PKR (13) BN (12) – dan Khalid kini sebagai Adun Bebas.
Dua Adun PAS hari ini menunjukkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, sementara pendirian 13 yang lain masih belum diketahui.

No comments:

Post a Comment