Tuesday, August 12, 2014

PAS akan keluar jika Umno dilantik exco



Exco PAS Sallehen Mukhyi berkata, beliau serta tiga lagi anggota exco dari parti itu akan meletak jawatan sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim melantik anggota exco baru dari parti Umno.

Tambahnya, soal untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkan parti itu merupakan pembangkang di Selangor.

"Soal Umno tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.

"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan dan dia adalah pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Semalam kesemua exco daripada PKR dan DAP dipecat oleh Khalid kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Khalid menghantar surat pemecatan kepada lima exconya, tiga daripada DAP dan dua daripada PKR. Beliau bagaimanapun belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Bagaimanapun kesemua exco tersebut tetap datang bertugas hari ini selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

No comments:

Post a Comment