Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 berjaya.
Percubaan untuk mengagalkan telah gagal. Seramai 500,000 anak semua
bangsa telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpuan di Stadium Merdeka.
Saperti biasa media milik United Malays National Organisation akan
membuat pelbagai kesah, lawak dan dongeng.
Dari awal lagi telah dijangkakan Mat Remeh bin Temeh akan mempertikaikan jumlah yang hadir. Sama ada 700 ribu atau 500 ribu tidak penting. Ini bukan peraduan congak. Yang saheh dan penting ialah 500,000 warga – tua dan muda – anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 untuk memperlihatkan keberanian mereka bangun melawan United Malays National Organisation.
Manakala, Siti Temeh binti Lebai Remeh telah memecah urat kentot berfikir untuk menganjing HKR112. Sayangnya, urat kentot si Minah ini hanya berkeupayaan untuk menamakan HKR112 ini dengan nama Himpunan Shamsidar. Lawak bodoh Himpunan Shamsidar ini diberitakan telah menetas dari mulut Ketua Penerangan United Malays National Orgaisation.
Jika keupayaan fikrah Ketua Penerangan parti yang memerintah hanya ke tahap ‘himpunan shamsidar’ maka jelas negara Malaysia kita ini sedang berada dalam bahaya. Percubaan bangang saperti ini adalah cermin muka untuk kita semua menyedari bahawa negara kita sedang dikemudikan oleh Mamat-Mamat Remeh bin Temeh yang memiliki lubang kosong di antara dua telinganya. Paling menyedihkan ada di antara Mat Remeh ini telah berjaya menyamar sebagai Ketua Penerangan dan menjadi Menteri.
Justeru, mari kita lupakan jumlah 500,000 yang datang. Apa yang wajib kita fahami ialah apa makna dan tanda dari kehadiran ini.
Saya telah merayau dari pekan ke kampong untuk mengelodak, mengecar dan menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur. Hakikatnya hasutan saya itu berjaya. Tim menghasut - dari parti politik, NGO dan aktivis - telah berjaya menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur. Saya tepuk dada tanda puas hati. Tangan kanan saya bersalaman dengan tangan kiri saya.
Sebenarnya, saya tersenyum puas apabila melihat: yang capek mamakai tongkat, yang pekak tertanya-tanya, yang buta diheret teman, yang tua berkerusi roda, yang sesat melihat GPS, yang cun dihurung balak, yang cool membawa sepanduk - semua berjalan untuk memasuki Stadium Negara.
Biasanya sesiapa yang menyusun program akan merasa cuak dan berdebar-debar kalau-kalau tidak ramai yang datang. Saya juga merasa cuak dan bedebar-debar, bukan takut orang tak datang tetapi saya gerun jika terlalu ramai orang yang datang. Saya akui di sini jumlah 500,000 yang turun ke Kuaal Lumpur pada 12 Januari 2013 itu lebih dari mencukupi. Apa yang menakutkan ialah kita berhimpun dalam kawasan bertembok dan berpagar.
Seperti yang telah saya tuliskan dahulu, bahawa ampohan orang ramai ini akan mengubah lanskap politik negara. Buktinya - kita terbaca bagaimana Muhyiddin dikatakan, pada hari Sabtu yang sama akan mengadakan Himpunan Di Raub. Tetapi berita ini hilang begitu sahaja. Tak tahu hujung pangkal. Tidak dipastikan jadi atau tak jadi.
Manakala si Najib pula telah mangadakan Himpunan Di Semenyih di hadapan Dataran Tesco. Gambar rasmi yang dikeluarkan, dari sudut semiotik – perhimpunan ini adalah satu penghinaan kepada Orang India. Utusan Malaysia dengan bangga tetapi bodoh telah memaparkan gambar Orang India sedang berebut-rebut untuk mengaut beras hadiah dari Barisan Nasional.
Bayangkan betapa hinanya Orang India di Malaysia ini terpaksa berebut-rebut menghulur tangan untuk mendapat satu kampit beras hancur. Ini sama saperti imej ‘ kebuluran’ dalam negara dunia ketiga yang selalu kita lihat digambarkan oleh media kaum imperialis.
Inilah perubahan lanskap politik yang saya maksudkan. Rakyat memukul gendang - United Malays National Organisation terpaksa menari. Najib dan Muhyiddin Sabtu lalu telah menari mengikut rentak irama HKR112.
Pasti ramai yang akan bertanya kenapa kali ini tidak ada tembakan gas pemediah mata dan tidak ada semburan cecair kimia? Malah ada anak-anak muda merasa HKR112 ini ‘kureeeng cool’ tanpa tembakan gas pemediah mata. Untuk anak-anak muda ini biar saya bersurah untuk membawa hikayat pejuangan jalan raya.
Jalan raya sebagai wadah perjuangan bukan satu yang baru. Turun berdemo ke jalan raya ini bukan ombak politik baru di tanahair kita ini. Di zaman British lagi Hisbul Musliman, Parti Komunis Malaya, Parti Rakyat, API, KMM, PKMM, kesatuan buruh, anak pelajar, agamawan telah mengunakan jalan raya sebagi kancah politik melawan penjajah. Malah United Malays National Organisation sendiri telah keluar berdemo di jalan raya untuk menentang penubuhan Malayan Union pada tahun 1946.
Wajib juga saya surahkan di sini – ketika abang adik – khusyuk mendengar ucapan dari pemimpin NGO dan parti politik - sedarilah bahawa keselesaan berhimpun dalam Stadium Merdeka Sabtu lalu adalah hasil dari perjuangan menuntut hak yang maha panjang. Ramai telah pecah kepala, buta mata, patah tangan, patah kaki, dan dipenjara. Sabtu lalu adalah penyambungan perjuangan hak berdemo dan hak berhimpuan di jalan raya. Hak ini ditulis jelas dalam perlembagaan. Tetapi selama 54 tahun ini United Malays National Organisation telah menafikan Fasal 10 Hak Berhimpun yang tertera dalam Perlembaaagn Malaysia.
Orang ramai telah ditakut-takutkan dari berani keluar ke jalan raya. Belantan, chota, gas, kimia, penjara dan mahkamah telah digunakan untuk menakutkan orang ramai. Bertahun-tahun orang ramai telah berjaya ditakut-takutkan. Malah orang ramai juga telah ditakut-takutkan dengan konsep ‘menggulingkan’ kerajaan. Orang ramai ditakut-takutkan dengan konsep ‘menjatuhkan’ kerajaan. Orang ramai dihantui dengan pelbagai undang-undang dan peraturan yang bertujuan untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa.
Tersenyumlah - kerana semua ini hanya tinggal dalam buku sejarah. Hari ini tidak ada sesiapa lagi yang takut untuk menggulingkan kerajaan. Tidak ada siapa lagi yang takut untuk berdemo di jalan raya. Telah saheh turun ke jalan raya untuk berdemo telah menjadi budaya politik kita.
Jumlah 500,000 adalah 500,000 yang mewakili anak semua bangsa. Mereka telah bertekad dan bersetia dengan membaca Deklarasi 12 Januari. Mereka telah berjanji untuk menghumbankan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya jika Barisan Nasional menang dengan jalan menipu dalam PRU13 ini.
Amaran ini amat jelas terpampang besar untuk dibaca oleh warga dalam stadium. Untuk yang tidak berada dalam stadium, untuk yang di rumah atau di luar negara ‘Kain Rentang Amaran’ ini boleh dilihat dalam puluhan rakaman gambar dan klip video yang sedang mengampoh di alam maya.
Amaran: Tipu Pru Rakyat Bangkit Humban Kamu - ayat inilah yang tersirat dan tersurat. Amaran ini tidak berselindung dengan kata-kata molok. Tidak berselindung dengan kata-kata diplomasi. Amaran ini dinyatakan dengan jelas dan terang. Amaran ini ditujukan kepada United Malays National Organisation. Inilah amaran HKR112.
Secara sedar. Secara bersopan. Secara hormat orang ramai yang turun ke jalan raya telah memberi amaran agar mereka tidak lagi akan ditipu seperti dalam pilihan raya yang lalu.
Amaran ini bukan pula akan menafikan hak dan tuntutan pelbagai NGO. HKR112 secara sedar disusun untuk menjadi kemudi dalam penggumpulan kesemua kemarahan, kesemua ketidakpuashati dan keresahan warga yang selama ini merasakan diri mereka telah ditipu dan ditindas oleh United Malays National Organisation.
Malah, tuntutan dari NGO-NGO ini juga diajukan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana para aktivis NGO sedar kemungkinan kilang Lynas tidak akan ditutup, masih ada walaupun kerajaan Pakatan yang berkuasa. Begitu juga, para aktivis sedar bahawa kemungkinan tanah orang kampung di Pengerang akan terus dirampas walaupun telah ada kerajaan baru. Kemungkinan ini wujud. HKR112 juga bertujuan untuk mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa rakyat melihat dan memerhati.
PRU13 ini dijadikan sasaran induk kerana telah jelas dengan bukti-bukti yang sahih bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merancang untuk menipu. Benteng akhir pertahanan United Malays Naztional Organisation ialah SPR. Menipu untuk mendapatkan undi hanyalah cara untuk Barisan Nasional menang.
Justeru, kita tidak perlu berselindung dengan konsep ‘non partisan’ atau tidak menyebelahi mana mana pihak. Untuk rakyat tertindas, untuk warga miskin, untuk rakyat yang tanah kampung halaman dirampas – untuk kesemua ini jelas dan terang mereka memihak – memihak bersama-sama sesiapa sahaja yang ingin menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.
Memang betul dan tepat di Malaysia tidak ada Arab Spring. Kita bukan Arab. Apa yang ada ialah Malaysian Durian. Hari Sabtu 12 Januari yang lalu ialah tanda 500,000 pokok durian sedang berbunga. Jika dalam PRU13 ini rakyat ditipu sekali lagi oleh SPR maka yakinlah bunga bunga durian ini akan meledak. Bunga durian ini bukan hanya 500,000 jumlahnya - malah berjuta akan turun ke jalan raya.
Jangan tipu dalam PRU13. Ini amaran. Untuk pegawai SPR sebelum menjalankan projek tipu kerana mendapat arahan dari United Malays National Organisation – sila lihat dahulu gambar-gambar dalam klip YouTube tentang HKR112. Bertenang dan fikirkan - yang saya tulis ini bukan acaman. Tetapi satu janji.

No comments:
Post a Comment