Friday, January 25, 2013

Himpunan Hijau gunting kad kredit protes terhadap HSBC

Himpunan Hijau hari ini mengadakan protes di depan ibu pejabat HSBC Malaysia di Kuala Lumpur, kerana membantah hubungan perniagaan bank tersebut dengan syarikat nadir bumi Lynas Corporation.

NONE
Pengerusinya, Tack Wong mengetuai protes bersama dengan 15 ahli kumpulan anti-Lynas itu, kesemuanya berpakaian baju-T hijau.

Sebagai tanda protes, Wong Tack, ahli jawatankuasa pemandu Lee
Chin Chen dan ahli kumpulan itu Connie Chong, mengunting kad kredit, sambil menggesa orang ramai "memutuskan urusan perniagaan" dengan bank tersebut.

Mereka mendakwa bank tersebut menjalankan urusniaga dengan
syarikat yang mengendalikan operasi loji nadir bumi Lynas di di Gebeng, Kuantan, yang telah menimbulkan kebimbangan bahayanya terhadap alam sekitar.

Lebih 10 anggota polis dilihat berada di situ tetapi mereka tidak mengganggu kumpulan tersebut.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Wong yang baru saja tiba dari Sabah, berkata kad yang diguntingnya itu adalah milik abangnya.

Katanya, abangnya itu, seorang guru, menyerahkan kad itu pagi ini semasa menghantarnya ke lapangan terbang.
NONE

No comments:

Post a Comment